Jenayah

Anak tengok ibu bapanya hidu gam

ANAK kecil ibarat sehelai kain putih. Terpulang kepada ibu dan bapa untuk mencoraknya dan semestinya, tauladan yang ditunjukkan oleh kedua orang tua menjadi ikutan anak-anak sehingga dewasa.

Tergamam seketika apabila sepasang suami isteri dengan selambanya,  didakwa khayal menghidu gam ketika kenderaan yang dinaiki mereka, bergerak dan anak pasangan ini diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kereta..

Menerusi satu klip video yang tular dikongsi oleh Iman Pajang, pasangan suami isteri itu tidak menghiraukan anak mereka yang melihat perbuatan menghidu gam.

Di dalam klip video tersebut, jelas kelihatan masing-masing sedang ‘layan’ dalam keadaan si suami memandu kereta..

Iman meluahkan rasa kesal dan terkejut apa tah lagi ada kanak-kanak di tempat duduk belakang.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Melaka. Dia tidak berani menahan pasangan suami isteri ini kerana bimbang jika  mereka bertindak di luar kawalan terhadap  kanak-kanak tersebut atau pun ke atas orang awam.

Walau bagaimana pun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak berkuasa berhubung klip video yang tular itu. -SM

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button