Pendidikan

PTPTN, Perkeso bantu peminjam cari kerja

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan membantu peminjam mencari pekerjaaan selepas tamat pengajian.

Melalui perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatangani kedua-dua pihak hari ini, mereka turut menganjurkan program “virtual mini job hunt for PTPTN borrowers”.

Ketua eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, melalui program itu lebih 4,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada para peminjam PTPTN.

Jelas beliau, seramai 20 majikan akan menyertai program berkenaan dan pekerjaan akan diberikan kepada peminjam PTPTN yang baru tamat pengajian atau sedang mencari pekerjaan.

Dasuki berkata, bantuan mencari pekerjaan itu juga dapat membantu peminjam membayar balik pinjaman PTPTN selepas 12 bulan tamat pengajian.

“Program ini juga akan menghasilkan situasi menang-menang kepada semua pihak, baik peminjam, kerajaan dan PTPTN.

“Kerjasama ini juga diharap mampu mengurangkan kadar pengganguran dalam kalangan pelajar selepas tamat pengajian,” katanya sambil memaklumkan mereka yang disenarai hitam oleh PTPTN juga layak memohon pekerjaan melalui program disediakan,”katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri majlis menandatangani MOU bersama ketua eksekutif Perkeso, Aziz Mohammad di KPT hari ini.

Majlis itu turut disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad dan Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Pogram tersebut akan bermula 30 Jun sehingga 3 Juli dan sesi temu duga dibuat menerusi kaedah atas talian.  Tawaran gaji maksimum antara RM4,000 hingga ke RM5,000 mengikut bidang pekerjaan yang disertai.-SM

 

 

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button