Politik

BN kalah PRU14 angkara pengundi percaya janji melangit PH

BARISAN NASIONAL (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berpunca daripada pengundi yang termakan janji melangit Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PH dan parti-parti lain yang bertanding pada PRU15 kali ini, akan sekali lagi menawarkan pelbagai janji untuk mengelirukan pengundi.

“Pada PRU14 yang lalu, BN digambarkan sangat buruk dengan pelbagai fitnah sehingga ramai pengundi tidak memilih BN.

Pembangkang ketika itu turut memainkan sentimen dengan menawarkan pelbagai janji termasuklah seolah-olah mereka akan cat langit untuk memikat hati pengundi, sedangkan semua janji-janji itu tidak langsung ditunaikan.”

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam kempen PRU15 di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kubang Palas semalam.

Tambah Mahdzir yang juga penyandang Parlimen Padang Terap, PRU15 kali ini turut menyaksikan beberapa individu masih mengejar impian dan menawarkan diri untuk kembali menjadi Perdana Menteri walaupun telah gagal ketika mereka berkuasa.

“Apa yang jelas hari ini adalah mereka mempunyai agenda peribadi iaitu nak jadi Perdana Menteri sahaja.

Tetapi BN menawarkan seorang sahaja untuk menjadi Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti mana yang telah diputuskan oleh kepimpinan BN.”

Malangnya PH kini terus memainkan sentimen untuk mengelirukan pengundi dengan membawa naratif Ismail Sabri bukan calon Perdana Menteri jika BN menang PRU15 nanti. – SM

Artikel berkaitan > Mahdzir yakin pertahan Padang Terap

(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button