Nasional

‘Wanita Alor Setar’ jadi Datuk Bandar California

Wanita Malaysia, Jocelyn Yow, 25, melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wanita bukan ‘berkulit putih’ dan yang termuda menjadi Datuk Bandar California.

Ayah Jocelyn berasal dari Malaysia dan meneruskan pendidikan di Amerika Syarikat pada tahun 1980-an. Ibunya pula berasal dari Vietnam dan merupakan keluarga pelarian yang berpindah ke negara tersebut pada tahun yang sama.

Keluarga itu tinggal di Malaysia pada 1996 ketika datuk Jocelyn yang menetap di Alor Setar, Kedah.

“Saya menghabiskan lebih dari 10 tahun di sana, yang membolehkan saya belajar lebih banyak mengenai sejarah keluarga, warisan dan budaya kita.

“Saya berbesar hati menjadi anak perempuan ibu bapa saya, dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia-Vietnam-Cina-Amerika,” katanya dalam catatan Instagram.


Jocelyn merupakan seorang ibu kepada seorang bayi berusia enam bulan dan sedang belajar di peringkat sarjana.

Dia terpilih menjadi Ahli Majlis Bandaraya Eastvale pada tahun 2018 dan kemudian dipilih sebagai Datuk Bandar California dalam pilihan raya Amerika Syarikat pada bulan November lalu.

Jocelyn pernah bertugas sebagai pembantu Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, dan juga menjadi wakil daerah di Senat California.

Dia mengatakan bahawa perkara pertama dalam agendanya setelah mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar minggu ini adalah membina perpustakaan pertama di bandar tersebut selain meningkatkan perwakilan bagi orang-orang bukan berkulit putih di  California. – SM

(Visited 260 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button