Nasional

70.5% populasi dewasa telah lengkap divaksin

SEJUMLAH 70.5 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, sejumlah 89.5 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dari segi angkat, menurut JKJAV sejumlah 20.943 juta orang telah menerima dos pertama daripada jumlah itu 16.492 juta telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.

Sehingga semalam hanya Sabah masih mencatatkan kurang separuh populasi dewasa telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin iaitu 47.0 peratus sementara negeri-negeri lain telah pun lebih 50 peratus.

Tertinggi Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 98.4 peratus, Labuah (95.4 peratus), Sarawak (87.9 peratus) dan Negeri Sembilan (85.1 peratus).-SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button