MahkamahNasional

Wan Azri mengaku tak salah tuduhan menghasut

Blogger Wan Azri Wan Deris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan membuat kenyataan menghasut terhadap kerajaan.

Wan Azri dikenakan satu pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948 kerana mendakwa kerajaan “pro-Israel dan pro-Barat”.

Kenyataan itu didakwa dibuat dalam video Facebook pada 8 Nov 2023.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan denda sehingga RM5,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Hakim N Priscilla Hemamalini membenarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 7 Feb sebagai tarikh sebutan semula kes.

Wan Azri, yang juga bekas pemimpin Pemuda Umno diwakili peguam Rafique Rashid Ali, manakala P Kunyalam bertindak sebagai timbalan pendakwa raya. – SUMBER FMT – SM

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button