Nasional

Zulkapli Mohamed KKPA baharu

ZULKAPLI Mohamed dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Zulkapli, 58, sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (pembangunan) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Mohd Zuki berkata, pelantikan itu berdasarkan pengalaman luas Zulkapli dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pembangunan modal insan.

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya.

Zulkapli telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dengan jawatan pertama yang disandangnya adalah sebagai penolong setiausaha di Bahagian Latihan pada 1 Dis 1992.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif di Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp) serta Setiausaha Persekutuan Sabah di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Zulkapli berkelulusan ljazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia, Ijazah Sarjana Pembangunan Antarabangsa dari University of Japan dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi (Kewangan Antarabangsa) dari Universiti Meiji, Jepun.

Pada 12 Disember2022, perkhidmatan Mohd Shafiq Abdullah sebagai KPPA ditamatkan selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. – SM

 

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button