MahkamahNasional

Mahkamah perintah Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng bayar RM2 juta

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada seorang pengasas firma e-dagang selepas didapati beliau bertanggungjawab atas kenyataan fitnah.

Hakim Akhtar Tahir membenarkan tuntutan Jessy Lai terhadap Lip Eng berhubung kenyataan yang dibuatnya terhadap Jessy dan syarikatnya pada 2017.

Pasukan pembelaan Lip Eng bagaimanapun akan memfailkan rayuan serta permohonan penangguhan pelaksanaan perintah membayar ganti rugi. – FMT – SM

BACA https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/fitnah-lip-lim-eng-diperintah-bayar-rm2-juta/

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button