Auto TravelEkonomi

Volvo Car Malaysia catat peningkatan jualan 14.3% bagi tahun 2021

VOLVO Car Malaysia baru-baru ini mengumumkan laporan jualan dan prestasinya bagi tahun 2021 mengukuh dengan jumlah jualan sebanyak 2,229 unit, meningkat sebanyak 14.3% berbanding tahun sebelumnya.

Ini menandakan pertumbuhan jualan tahun keenam berturut-turut, petanda positif untuk pertumbuhan tahun akan datang. Tambahan pula, penjualan sebanyak 2,229unit turut mencatat rekod baharu prestasi jualan tertinggi sejak penubuhan Volvo Car Malaysia.

Satu lagi pencapaian ialah rekod baharu prestasi jualan tertinggi bulanan, dengan 524unit dijual pada Disember 2021 sahaja. Hampir 73% daripada semua kereta Volvo baharu yang dijual di Malaysia adalah model Recharge.

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkongsi: “Kami berbangga dengan pencapaian kami yang memecah rekod pada tahun 2021. Walaupun menghadapi tahun yang mencabar, kami telah memperoleh keyakinan pelanggan dalam memberi mereka kebebasan untuk bergerak secara peribadi, mampan dan cara yang selamat.

Usaha kolektif peniaga dan kakitangan kami telah dijadikan asas untuk menumpuh tahun 2022 yang menggembirakan serta menggalakkan dalam misi mencapai matlamat kami untuk menjadi syarikat pengeluar  kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030.”

Pada skala global, jualan Volvo Cars meningkat sebanyak 5.6 peratus kepada 698,693 kereta pada tahun penuh 2021. Keputusan ini juga menunjukkan populariti berterusan barisan kereta Volvo Cars’ Recharge dengan rangkaian kuasa hibrid elektrik atau plug-in sepenuhnya.

Jualan model Recharge meningkat sebanyak 63.9 peratus pada 2021, berbanding 2020. Kereta cas semula membentuk 27 peratus daripada jumlah volum jualan syarikat pada 2021. Hampir 40 peratus daripada semua kereta Volvo baharu yang dijual pada bulan Disember adalah model Recharge, yang mana sepenuhnya kereta elektrik membentuk 7.4 peratus. – SM

Kredit: EnjinDotCom

(Visited 377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button