Ekonomi

Selepas Tot Mat tolak, Mahdzir Khalid dilantik Pengerusi TNB

SEBELUM ini Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dikatakan telah ditawarkan untuk menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menggantikan Ahmad Badri Mohd Zahir.

Tetapi Mohamad telah menolak tawaran tersebut

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau bagaimanapun tidak memberikan sebarang alasan kenapa beliau menolak untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Namun, selepas penolakan Momahad itu, orang politik tetap menjadi pilihan ke jawatan tersebut apabila Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 12 Mei ini.

TNB dalam satu kenyataan memberitahu, Mahdzir bukanlah asing kepada industri tenaga elektrik negara kerana beliau merupakan timbalan menteri tenaga, teknologi hijau & air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai menteri pendidikan sehingga 2018.

Mahdzir yang merupakan bekas menteri besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008 mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pernah menjadi pengerusi Lembaga Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA), selain timbalan pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia).

Presiden dan ketua pegawai eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan berkata, beliau mewakili ahli lembaga pengarah, pengurusan serta seluruh warga kerja TNB mengalu- alukan pelantikan Mahdzir yang berpengalaman luas dan tidak asing dengan industri tenaga elektrik.

(Visited 680 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button