Ekonomi

Omesti lantik Tunku Zain Al-‘Abidin sebagai Pengerusi

OMESTI Bhd mengumumkan pelantikan Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz sebagai Pengerusi baharu kumpulan.

Sementara Datuk Seri Thong Kok Khee pul asebagai Timbalan Pengerusi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Omesti berkata, kedua-duanya mengisi jawatan baharu dalam lembaga pengarah ketika kumpulan bersedia melaksanakan beberapa inisiatif baharu, termasuk penerokaan penjagaan kesihatan dan Program Vaccin8.

Tunku Zain, yang ketika ini adalah pengarah bukan eksekutif bebas, berkhidmat di dalam lembaga pengarah Omesti sejak April 2020.

Kok Khee pula ketika ini adalah pengarah bukan eksekutif bukan bebas, mula dilantik di dalam lembaga pengarah sejak 2011.


(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button