Nasionalpilihan

Bakti dan jasa mendiang S. Subramaniam akan dikenang – PM

PEMERGIAN mendiang Tan Sri S. Subramaniam yang berjiwa rakyat dan berwibawa merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC itu dan berkata berharap semoga mereka tabah atas kehilangan orang yang tersayang.

“Mendiang merupakan bekas Ahli Parlimen Damansara dan Ahli Parlimen Segamat yang banyak menabur bakti kepada Keluarga Malaysia.,”

“Mendiang juga banyak berjasa kepada negara semasa berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di tiga kementerian iaitu Pertanian, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan.

Mendiang pernah diserang angin ahmar pada 11 November 2011 dan terlantar sejak itu. S. Subramaniam menghembuskan nafas terakhir dalam tidur, kira-kira 8 malam tadi di kediamannya di Seksyen 16, Petaling Jaya.

Mendiang meninggalkan isteri, Puan Seri Tina Subramaniam, 70, dan tiga anak.

Artikel berkaitan > Tan Sri S. Subramaniam meninggal dunia

(Visited 403 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button