EkonomiNasional

SMI Cars, tarikan baharu di Jalan Ampang bermula esok

HAMPIR 150 buah kereta jenama mewah seperti Mustang, Lamborghini, Maserati dan Range Rovers sedia dipamer di ruang pameran SMI Cars, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Ruang pameran kereta baharu pertamanya itu turut menyediakan hidangan bagi pencuci mata untuk model mewah umum seperti Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper dan Toyota (Velfire, Alphard dan Estima).

Malah ruang pameran juga menampilkan ciri-ciri segar sesuai untuk menempatkan kereta idaman yang menjadi kegilaan orang muda.

Rekaan dalaman showroom SMI Cars bercitarasa segar itu ditampilkan khas oleh bakal arkitek, Asyraaf Khan yang berusia 19 tahun.

Lebih mengujakan apabila terdapat tawaran khusus Merdeka Deals bersama potongan 50 peratus cukai jualan.

BACA > 433 projek pelaburan baharu bernilai RM97.4 bilion dikenal pasti — Suara Merdeka

Cukai tersebut ditawarkan kepada pelanggan selaras dengan pengumuman Pelan Jana Ekonomi Negara (Penjana) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semua itu boleh dinikmati bermula pelancaran pembukaan SMI Cars Jalan Ampang, esok (18 Julai) bermula pukul 10 pagi.

“Pelanggan yang berkunjung juga berpeluang membuat pilihan menerusi dan merasai pengalaman pandu uji kereta idaman mereka.

“Sebagai langkah dalam ‘normal baharu’ SMI Cars komited melaksanakan sanitasi bagi setiap kereta pandu uji.

“Malah, perkhidmatan perbankan bagi tujuan pinjaman turut disediakan bagi pelanggan yang berminat terus membeli kereta idaman pada hari pertama pembukaannya esok.

“Bagi meraikannya, beberapa artis serta agensi media dijemput untuk bersama-sama pengunjung pada hari pelancaran.”

Demikian makluman SMI Cars dalam satu kenyataannya hari ini untuk mengajak peminat kereta mewah hadir menyaksikan pelancaran bilik pameran baharu esok.

Menurut Pengarah Eksekutif, Datuk SM Zulkifli, SMI Cars yang dahulu dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn. Bhd. mengalu-alukan generasi muda dalam industrinya.

BACA > Doakan saya dan Syamel – Ernie Zakri — Suara Merdeka

“Kami bangga memiliki seorang pengarah muda, Irene Deana sebagai sebahagian daripada pasukan. Kami mengalu-alukan idea-idea baharu.

“SMI Cars juga menggalakkan ideologi berinovasi dan pemikiran yang terkehadapan.

“Justeru dengan memberi ruang bagi kepimpinan generasi muda, ia memberi kelainan kepada SMI Cars untuk lebih bersedia memainkan peranan penting pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Irene Deanna menambah, pasukannya perlu lebih dinamik untuk tampil lain berbanding pemilik showroom lain.

“Kami bersedia untuk berinovasi dalam menempuh arus cabaran industri permotoran.

“Malah kami juga teruja untuk memaklumkan perancangan SMI Cars tidak lama lagi..

“Keutamaan kami adalah membantu pelanggan sambil membiarkan mereka merasai pengalaman baharu yang luar biasa dalam pemilihan kereta idaman,” ujarnya.

Justeru, tawaran pengurangan kos dalam pemilikan kereta import diharapkan menjadi peluang kepada pelanggan.

Ini adalah masa terbaik bagi mereka yang berhasrat ‘meng-upgrade‘ atau melabur dengan kereta baharu.

BACA > Barcelona yang bantu Real Madrid jadi juara La Liga — Suara Merdeka

Malah, ini adalah peluang terbaik bagi mendapatkann kereta idaman pada harga yang rendah. – SM

 

(Visited 618 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button