Ekonomi

Scomi berkemungkinan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia

Susulan permintaan untuk lanjutan masa untuk menyerahkan pelan penyusunan semula ditolak

URUS niaga dalam sekuriti Scomi Group Bhd bakal digantung berkuat kuasa 20 April, berikutan penolakan Bursa Securities terhadap permintaannya untuk lanjutan masa untuk mengemukakan pelan regularisasinya.

Syarikat itu berdepan risiko dinyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 22 April, melainkan ia memfailkan rayuan terhadap penyahsenaraian itu menjelang 18 April.

“Sebarang rayuan yang dikemukakan selepas tempoh masa rayuan tidak akan dipertimbangkan oleh Bursa,” kata Scomi dalam satu kenyataan semalam.

Scomi berkata jika ia mengemukakan rayuan dalam tempoh masa rayuan, penyahsenaraian akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.

Scomi Group Bhd , merupakan syarikat penyedia perkhidmatan global dalam industri minyak & gas serta pengangkutan.

“Bagaimanapun, Bursa akan meneruskan untuk menggantung dagangan sekuriti syarikat pada 20 April, walaupun keputusan rayuan syarikat masih belum selesai,” tambahnya.

Baca artikel ini > Kumpulan AirAsia ambil langkah betulkan status PN17

Scomi jatuh ke dalam status PN17 pada Disember 2019, selepas jumlah ekuiti pemegang sahamnya kurang daripada 25% daripada modal saham terbitannya, dan ekuitinya turun di bawah RM40 juta berdasarkan laporan kewangannya bagi suku berakhir 30 Jun 2019.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Scomi berkata ia bercadang untuk mengemukakan rayuan terhadap penyahsenaraian dalam tempoh masa rayuan.

Saham dalam Scomi berakhir tidak berubah pada 2.5 sen pada Isnin (11 April), memberikannya permodalan pasaran RM22.79 juta. – SM

(Visited 407 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button