Nasional

Tujuh lot tanah bernilai RM4.3 juta hasil dadah disita

POLIS sita tujuh lot tanah yang menempatkan 10 unit chalet bernilai RM4.3 juta di beberapa lokasi di negeri Terengganu yang disyaki diperoleh daripada pendapatan kegiatan mengedar dadah.

Ketua Polis Terengganu Datuk Md Isa berkata kejayaan itu susulan penangkapan dua suspek pengedar melibatkan rampasan dadah disyaki jenis ganja seberat 541.18 gram dan syabu seberat 46.7 gram pada 9 Disember 2020.

“Satu siasatan kewangan telah dijalankan ke atas kedua-dua suspek oleh Bahagian Perlucuthakan Harta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu yang pada permulaan kes ini tiada sitaan dibuat.

“Siasatan lanjut melalui penjejakan harta melalui bank dan institusi kewangan telah berjaya menemukan pemilikan tujuh harta tak alih oleh suspek yang diperoleh secara pembelian yang meragukan” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Tambahnya, salah satu lot yang disita ialah di Batu Rakit di Kuala Nerus dengan keluasan 9,105 meter persegi termasuk 10 buah chalet yang dibina di atas tanah berkenaan dengan anggaran nilai RM900,000.

Rohaimi berkata turut disita beberapa lot tanah termasuk di Kemaman, Dungin dan Marang.

“Nilai keseluruhan rampasan harta berkenaan adalah yang terbesar melibatkan pengedar dadah di negeri itu.

“Polis Kontinjen Terengganu di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan meneruskan penyiasatan penjejakan harta ke atas semua sekutu pengedar dadah dan memastikan semua aset-aset ini dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia” katanya. – Bernama – SM

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button