Hiburan

Gambar sambut 1 Syawal tular, polis panggil keluarga selebriti

POLIS akan memanggil keluarga selebriti yang tular hari ini kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu melakukan ziarah hari raya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, satu laporan polis juga telah diterima berkaitan isu tersebut yang disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Kita telah mengesan satu gambar keluarga selebriti yang tular di media sosial dan portal berita.

“Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung.

“Kejadian disyaki berlangsung di kediaman selebriti yang terletak di Hulu Kelang, Ampang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, terdapat lebih kurang 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

Ujarnya, majlis tersebut dijalankan tanpa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN iaitu program ziarah hari raya. Aktiviti ini adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Kes masih dalam siasatan dan kita akan memanggil semua terlibat untuk memberikan keterangan lanjut,” katanya.

Tambahnya orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk turut memaklumkan sejak awal tahun hingga semalam, sebanyak 599 kompaun telah dikeluarkan dan 16 kertas siasatan dibuat atas pelbaai kesalahan langgar perintah dan syarat SOP. -SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button