HiburanNegeri

Tari Eram-Eram dari Kangar ke Kuala Lumpur buru kejuaraan

Tiga kanak-kanak lelaki cilik antara 14 penari yang bakal mempertaruhkan “Tari Eram-Eram” untuk merebut Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari pada 17 dan 18 Disember ini akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Muhammad Aireel Hafeez Mohd Tajuddin, 10 peserta termuda ini bersama dua rakannya Mukhreez Mazlee, 12 dan Nur Danish Hakim Norafizal, 12, juga belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera.

Ketiga mereka bersemangat untuk melakukan terbaik supaya dapat membawa pulang kejayaan yang diharapkan.


Kata Mukhreez, demi pertandingan ini beliau korbankan hasratnya untuk hadir pada kenduri perkahwinan emak saudaranya.

Tiga sahabat ini yang meminati bidang tarian ini sangat bersyukur kerana mendapat sokongan kuat daripada kedua ibu bapa.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Perlis, Norazlin Nordin berkata, tari “Eram-Eram” yang bakal dipertandingkan nanti msnggambarkan suasana keriangan permainan kanak-kanak.

“Ia menggabungkan permainan tradisional rakyat seperti Tom Tom Bak, Ram Ram Pisang dan Pukul Berapa Datuk Harimau,” katanya ketika ditemui semasa menyaksikan Kumpulan Budaya Seni Cemerlang (KBSC) menjalani latihan di Auditorium JKKN Perlis.

Katanya, pihaknya telah membuat persediaan rapi supaya KBSC ini mampu melakulan persembahan yang terbaik pada hari pertandingan.

Beliau berkata, latihan intensif dilaksanakan mulai 25 Ogos lagi bagi menyertai proses penilaian oleh JKKN Ibu pejabat pada 24 September lalu.

“Saya tidak menyangka pada 18 Oktober lalu, KBSC JKKN Perlis diumum berjaya mewakili Perlis,” katanya.

Norazlin berkata, kumpulan KBSC ini diselaras oleh Pegawai Kebudayaan JKKN Perlis, Siti Rohayu Muhamad dan Normila Mohamad Said yang dibantu oleh Koreografer, Noor Hanan Hasan dengan pembantu koreografer, Nurul Firdaus Abdul, A. Tharumaraj dan Nor Haryati Jamil. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button