Politik

RM300 juta beli jiwa pembangkang?

SEORANG blogger Sang Kelembai mendakwa demi mengekalkan kuasa Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan kepada Ahli Mesyuarat Ketua Parti Dalam Kerajaan Campuran PN dan BN memberikan peruntukan kepada 91 Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN sebanyak RM3 juta yang melibatkan peruntukan hampir RM300 juta.

Beliau memetik sumber yang hadir pada mesyuarat itu menyatakan sebagai timbal balas atau membalas budi persetujuan Ketua Ahli-ahli Parlimen tidak menyokong usul tidak percaya.

Bagaimanapun sumber lain memberitahu peruntukkan itu disalurkan kepada ahli parlimen pembangkang untuk tempoh dua tahun sebagai balasan mereka tidak berterusan mengganggu pentadbiran negara sehingga pilihan raya diadakan.

Langkah itu juga diambil bagi memastikan usul tidak percaya kepada pentadbiran beliau pada persidangan parlimen kali ini tidak mendapat sokongan.

Setakat ini dilaporkan terdapat 22 usul tidak percaya kepada kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin.


Selain itu kerajaan juga perlu memperolehi sokongan yang cukup bagi meluluskan belanjawan yang akan dibentang beliau pada hari jumaat ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bagaimana bentuk peruntukan itu mahu disalurkan kepada ahli parlimen pembangkang, sama ada dalam bentuk pembangunan atau tunai.

Bekas ahli MT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam turut membangkitkan isu tersebut dan beliau kini telah ditangkap polis.

(Visited 129 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button