Hiburan

Zaki Yamani, anak Jamal Abdillah pengsan ketika buat IG live

ANAK Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, Ahmad Zaki Yamani dikhabarkan pengsan ketika sedang live di Instagramnya (IG) kelmarin.

Zaki Yamani, 14,  dimasukkan ke Pusat Perubatan Shah Alam, Selangor, untuk pemeriksaan selanjutnya.

Memetik laporan MStar, ibu Zaki Yamani, Fatimatuzahra Samat berkata, beberapa hari lalu, anaknya itu yang menghidap asma, mengadu sesak nafas dan batuk.

“Masa tu dia memang sudah mengadu tak berapa sihat…dia batuk dan semput.

“Saya pun masa tu sedang bersiap untuk hantar dia ke klinik dan tak perasan yang buat buat IG live.

“Bila saya cari dia, tengok-tengok dia dah jatuh. Saya sempat save IG live tu untuk tengok balik, apa yang terjadi,” katanya.

Menurut beliau lagi, sebelum kejadian itu berlaku, anaknya itu tidak melakukan sebarang aktiviti lasak.

Walaupun menghidap asma sejak berusia lapan tahun, kata Fatimatuzahra, inilah kali pertama Zaki Yamani pengsan.

“Dia tidak ada buat aktiviti lasak sangat pun sebelum ini. Dia cuma buat content YouTube dan Instagram dia aje.

“Tapi dia memang sejak kecil ada asma. Cuma tidak pernah sampai pengsan macam ini. Ini kali pertama dia pengsan. Agaknya dia terlalu penat,” kata Fatimatuzahra yang terkejut dengan kejadian itu.

Beliau menambah, Zaki Yamani kini berada dalam keadaan stabil dan sudah mula bertenaga untuk bangun dan bercakap.

Apapun, mereka masih menunggu keputusan ujian darah, bimbang ada jangkitan kuman dalam darah Zaki Yamani.

“Kami sedang menunggu laporan keputusan ujian darah. Doktor bimbang jika ada jangkitan dalam darahnya.

“Doktor pun ada sebut semalam yang bacaan darah Zaki sedikit tinggi. Itu sebab dia terus ditahan di wad.

“Tapi saya rasa Zaki okey tu sebab dia sudah ada tenaga untuk bangun dan bercakap,” ujar beliau.

Zaki adalah anak Jamal menerusi perkahwinan dengan Fatimatuzahra pada tahun 2005 dan bercerai, dua tahun kemudian. – SM

(Visited 1,139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button