Jenayah

4 wanita warga asing ditahan kerja di rumah urut di The Strand

Ops Noda: Seorang wanita tempatan turut ditahan

EMPAT wanita warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan dalam satu serbuan di pusat urut di Jalan PJU 5/20 di The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kesemua wanita itu ditahan semalam kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan imigresen.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan dijalankan anggota ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya menerusi Ops Noda pada pukul 7.30 malam tadi.

Beliau berkata, serbuan itu dibuat kerana premis berkenaan disyaki menggunakan khidmat tukang urut pekerja asing.

“Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun dipercayai penjaga premis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis juga menahan empat wanita warga asing berusia antara 25 hingga 40 tahun yang sebagai pekerja tukang urut di dalam premis tersebut.

Selain itu, polis turut merampas sekeping kertas catatan jadual kerja pekerja terbabit.

Nik Ezanee juga berkata, empat warga asing itu direman selama 14 hari bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

Manakala wanita warga tempatan, katanya,  pula direman sehari dan disiasat bawah Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji dan membenarkan warga asing tidak memiliki pas pekerjaan sah bekerja di premis. – SM

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button