Politik

Veteran ATM tolak Mohd. Zahar

 

MELAKA 15 Okt. – Kehadiran Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd. Zahar Hashim, sebagai calon Bebas bagi kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, kurang disenangi sebahagian besar ahli Persatuan Veteran
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Sungai Udang dekat sini.

Ketuanya, Mustajab Haron berkata, sebahagian besar ahli persatuannya menolak kehadiran calon itu kerana beliau bukanlah menetap di Sungai Udang dan hanya tampil setelah menjadi calon untuk Pilihan Raya
Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Menurutnya, usaha Mohd. Zahar untuk berjumpa ahli persatuan itu baru-baru ini juga tidak mendapat sambutan kerana rata-rata daripada mereka enggan hadir pada pertemuan yang cuba diatur.

“Bila saya war-warkan dalam aplikasi WhatsApp mengatur pertemuan dengan beliau (Mohd. Zahar) ramai ahli
cakap buang masa dan dah malam. Ada yang cakap goodbye dan suruh beliaahlu pergi ke tempat lain.


“Kata ahli lagi, kami sudah cukup selesa hidup di Sungai Udang lebih lagi di bawah pemimpin-pemimpin terdahulu daripada Barisan Nasional (BN).

“Saya nak kata apa lagi, kalau semua tidak mahu bertemu dengan Mohd. Zahar. Lagi pula, beliau tidak pernah pun ada waktu ahli kita susah apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Mustajab berkata, sewaktu sebahagian ahlinya terkesan akibat PKP bermula Mac tahun lalu, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang turut bertanding di DUN Sungai Udang sebagai calon BN adalah orang banyak membantu.

Menurutnya, dalam kalangan 680 ahli nyata cukup selesa dengan kehadiran Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu sebagai wakil rakyat baharu di Sungai Udang.

“Alhamdulillah, kami cukup selesan berurusan dengan Mohamad Ali kerana beliau boleh dihubungi dan bertemu pada bila-bila masa. Sejak wabak Covid-19, beliau banyak membantu memberi bakul makanan kepada
ahli yang terkesan sepanjang PKP,” ujarnya.

Di samping itu kata Mustajab lagi, sikap peramah calon BN itu cukup disenangi oleh seluruh ahli persatuan.

Kerusi DUN Sungai Udang menyaksikan saingan empat penjuru selain Mohd. Zahar (Bebas) dan Mohamad Ali (BN-UMNO) dua lagi calon lagi ialah Dr. Mohd. Aleef Yusof (PN-Bersatu) dan Hasmorni Tamby(PH-PKR).

(Visited 645 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button