fbpx
Politik

Bukan senang nak suruh orang lepas jawatan

SEBELUM ini pernah terdapat kejadian di negeri Perlis, di mana  imam-imam membantah apabila tidak disambung tugas.

Alasan imam-imam tua itu mereka masih lagi boleh bertugas dan perbuatan menamatkan tugas mereka adalah tidak adil.

Sedangkan pihak berkuasa berpendapat mahu memberi laluan kepada imam-imam muda.

Itu jawatan imam. Yang sudah pasti terdiri daripada orang yang beriman dan dekat dengan masjid.


Itupun apabila diminta mengosongkan jawatan mereka tidak redha dan menganggap dianiaya.

Walaupun usia lanjut mereka masih lagi mahu bertugas dan berpendirian masih mampu menyumbang kepada masyarakat.

Apatah lagi jawatan yang lebih besar seperti menteri dan perdana menteri, tentulah tidak mudah untuk melepaskannya.

Begitulah yang berlaku situasi jawatan perdana menteri di negara kita ini di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA JUGA: Buktikan Anwar dapat sokongan majoriti Dewan Rakyat terlebih dahulu

Memang benar gabungan dua pemimpin berpengaruh inilah yang menumbangkan kerajaan berdekad Barisan Nasional.

Benar juga telah terdapat perjanjian Mahathir akan menyerahkan jawatan kepada Anwar pada waktu yang sesuai dalam tahun ini.

Penyokong tegar Mahathir pastinya sakit hati jika setiap hari penyokong Anwar mendesak Mahathir meletakkan jawatan.

Penyokong Anwar pula tidak lagi dapat bersabar kerana bimbang nasib yang menimpa mereka seperti pada tahun 1998.

BACA JUGA: Perjanjian peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar cabar kuasa Agong

Pada masa itu walaupun Mahathir berkali-kali menyatakan Anwar ketika itu timbalan perdana menteri adalah penggantinya tetapi lain yang berlaku.

Anwar akhirnya meringkuk di dalam penjara dan penyokongnya mula turun ke jalan bagi menentang Mahathir dan kerajaan.

Akhirnya pada 2018 kedua-dua pemimpin itu bergabung kembali dan atas alasan mahu menyelamatkan negara daripada lebih banyak salah guna kuasa.

Negara yang ketika itu dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya beralih tampuk kerajaan kepada yang baharu melalui pilihan raya.

Seperti yang dijangka melangkah masuk ke tahun 2020 penyokong Anwar akan melancarkan desakan lebih kuat agar Mahathir letak jawatan.

Mereka mendesak supaya peralihan kuasa itu berlaku pada bulan Mei kelak.

Dan peralihan kuasa bukan bermakna penyerahan kuasa, sebaliknya bermakna Anwar perlu dibawa masuk ke dalam kerajaan kembali.

Walaupun bukan sebagai perdana menteri, beliau perlu diberi peranan dalam perancangan negara.

Ini akan menjadi muda apabila tiba masa beliau memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri kelak.

Begitu juga Mahathir beliau juga sudah cukup sedia untuk menyerah kuasa, tanpa dipinggirkan daripada memainkan peranan pentadbiran negara.

Ini bermakna Anwar harus dilantik selayaknya sebagai timbalan perdana menteri iaitu menggantikan isterinya yang memegang jawatan itu pada masa ini.

BACA JUGA: Pengorbanan Anwar, Kak Wan di malam 9 Mei 2018…

Tidak logik pula jika kedua-dua suami isteri berada di dalam kabinet, jadi Wan Azizah perlu memberi laluan kepada Anwar.

Mahathir pula apabila turun daripada jawatan perdana menteri tidak boleh terus dipinggir.

Beliau harus diberi jawatan yang sesuai sebagai seorang negarawan dan telah dua kali menjadi perdana menteri.

Ketika hangat isu peralihan kuasa pasti ada yang mahu memastikan mereka berada di kedudukan yang sewajarnya.

Jadi berlakulah perundingan di antara Pas dan UMNO dengan pihak Mahathir mahpun pihak Anwar.

Sebagai parti politik utama di negara ini, wajarlah para pemimpin kedua-dua parti itu juga mempunyai percaturan mereka sendiri.

Pas dan UMNO yang secara rasmi menjalinkan kerjasama selaku pembangkang di bawah Muafakat Nasional perlu melihat kedudukan mereka apabila berlaku perubahan landskap politik kelak.

Kemungkinan-kemungkinan itu perlu dikaji termasuklah bekerjasama untuk membentuk kerajaan baharu.

Atau kemungkinan menjadi pembangkang dengan pasangan yang baharu seperti DAP.

Senario itu dibincang dibahas dan ia menjadi perkara biasa. Bagaimanapun dek kerana terlalu teruja pemimpin UMNO yang mahu kembali menjadi kerajaan ia menjadi di luar kawalan.

Belum cukup sepenggal menjadi pembangkang ramai yang sudah tidak tahan dan tidak sabar untuk kembali berkuasa.

Namun harus diingat jika sikap tamak, haloba dan gilakan kuasa itu kembali, rakyat pasti akan menolaknya.

Walaupun telah terbukti kerajaan Barisan Nasional lebih baik berbanding kerajaan Pakatan Harapan, tetapi sentimen kebencian boleh memadam segalanya.

Harus diingat jika tidak berubah dan insaf rakyat tidak teragak-agak untuk menjadikan mereka sebagai pembangkang untuk tempoh yang lebih lama lagi.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button