Banjir

UPSI bantu mangsa banjir di Teluk Intan, Kuala Selangor

Misi kemanusiaan membantu mangsa banjir oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diteruskan lagi hari ini yang menyaksikan sukarelawan bergerak menyampaikan sumbangan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terletak di Teluk Intan dan Kuala Selangor.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata pihak UPSI mula menggerakkan ResQ Team sejak tujuh hari lalu bersama sukarelawan membabitkan kakitangan dan pelajar yang bermula dengan kawasan Lembah Klang bersama pelbagai pelbagai pihak termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta pertubuhan bukan kerajaan         (NGO).

“Alhamdulillah, usaha kami ini mendapat perhatian dan sokongan terutama daripada masyarakat dan warga UPSI terutama pelajar dan kakitangan yang sentiasa bersiap siaga dalam membantu mangsa banjir kali ini.

Beliau mengalu-alukan sumbangan berbentuk kewangan, barangan dan tenaga manusia dalam kerja-kerja pembersihan yang memberi seribu satu makna kepada mereka yang terjejas.

Sementara itu menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin kumpulan pertama sukarelawan kami ke Shah Alam, diikuti dengan Bentong, Jeram, Kuala Slim, Hulu Langat, dan kini ke Teluk Intan serta Kuala Selangor.

“Kami sentiasa bergerak dengan pasukan ResQ UPSI yang lengkap dengan pelbagai alat bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dan membersihkan rumah atau mana-mana kawasan terjejas teruk selepas banjir melanda beberapa hari lalu.

Katanya, hasil sumbangan pusat-pusat tanggungjawab UPSI, korporat serta orang ramai, hari ini, pihak kami dapat menyampaikan 50 pakej sumbangan di PPS SMART, Kampung Glouster, Changkat Jong, dan Stor Bencana Pusat Pejabat Kebajikan Hilir Perak, Teluk Intan.

        Menurut beliau ResQ Team menerima sumbangan pek makanan bernilai RM10,000  daripada Mydin USJ hasil usaha Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Seri Ahmad Burak.

         Sejurus menerima sumbangan berkenaan, anggota ResQ Team UPSI terus bergegas membawa 650 pek barangan sumbangan itu ke Kuala Selangor untuk diedarkan terus kepada mangsa banjir.  

        Beliau berkata selain  alumni UPSI, alumni era Sultan Idris Training College (SITC)-Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) serta Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) turut menggerakkan misi dan proses pengumpulan dana sumbangan untuk disampaikan kepada alumni-alumni yang terjejas teruk.

Konsep kekeluargaan dan bantu-membantu ini tetap mekar dalam kalangan alumni dan warga kampus yang dilihat sangat bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia dalam konteks universiti”.

Beliau berharap bait-bait kata ‘selagi hayat dikandung badan, kami tetap berbakti’ seperti yang tercatat dalam lagu “Ibu Kandung Suluh Budiman”  perlu menjadi pegangan warga Anak Kandung Suluh Budiman sebagai pembakar semangat dalam menjayakan misi kemanusiaan UPSI.

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button