BanjirNegeri

Kerajaan T’ganu sumbang RM100,000 bantu anak negeri mangsa banjir di perantauan

ANAK negeri Terengganu yang berada di perantauan dan menjadi mangsa banjir baru-baru ini akan diberi bantuan oleh Kerjaan Terengganu.

Sumbangan sebanyak RM100,000 itu disalurkan bagi meringankan bebanan anak-anak negeri di perantauan yang terkesan akibat banjir teruutamanya di Lembah Klang, Selangor dan Pahang.

BERNAMA melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sumbangan diserahkan kepada Sekretariat Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) untuk diagih-agihkan segera kepada mereka yang terjejas.

“Perantau telah mengenal pasti 200 keluarga yang terjejas akibat banjir yang melanda di Lembah Klang, Selangor dan Pahang.

“Kita akan memberi bantuan wang tunai dengan seberapa segera bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan,” katanya.

Beliau berkata, selain sumbangan kepada anak-anak Terengganu di perantauan, kerajaan negeri melalui anak syarikat negeri dan NGO telah menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, tenaga kerja dan peralatan kepada mangsa-mangsa banjir di semua negeri yang dilanda bencana. – SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button