Alam SekitarBanjirNasional

PM redakan Selangor menangis!

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak malam tadi lagi bertindak pantas mengarahkan agensi-agensi yang berkaitan agar segera turun ke lokasi atau kawasan yang dinaiki air bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Hari ini, Ismail Sabri meluangkan masa melawat dan menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan teruk ekoran hujan turun seharian semalam.

Menerusi perkongsian Ismail Sabri di laman sosialnya, sekitar awal pagi iaitu 1.30 pagi tadi, beliau sempat meninjau sendiri keadaan dan situasi banjir yang berlaku di Kampung Bukit Lanchong, Selangor.

“Ramai penduduk di Kampung Bukit Lanchong terkandas akibat banjir yang berlaku di kawasan Putra Heights, Selangor.

“Saya sempat bertanya sendiri mangsa banjir mengenai situasi yang mereka hadapi.

“Kita akan pastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan dengan cepat dan pantas,” kata Ismail Sabri menerusi hantaran di akaun Facebook beliau.

Semalam, SUARA MERDEKA melaporkan, Shah Alam dan Klang terjejas teruk akibat banjir sehinggakan ratusan kenderaan tersekat di jalan raya.

Laluan di lebuh raya dan plaza tol sekitar Shah Alam turut digenangi air dalam keadaan hujan turun mencurah-curah.

Di Klang juga keadaan banjir yang berlaku menyebabkan kenderaan berat turut terkandas.

Manakala di Janda Baik, Pahang, turut terputus hubungan dan ramai mangsa banjir menanti bantuan daripada pihak penguasa dan agensi berkenaan. – SM

(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button