Luar Negara

Undang-undang kawalan senjata api di Jepun paling ketat di dunia tapi…

Matinya bekas perdana menteri

JUMAAT sekitar pukul 11.30 pagi seluruh dunia dikejutkan dengan berita bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mati ditembak.

Kejadian itu berlaku ketika Abe sedang berucap pada acara yang berlangsung menjelang pemilihan Parlimen di wilayah Nara.

Insiden tembakan yang membawa maut itu disahkan oleh Ketua Setiausaha Jemaah Menteri Hirokazu Matsuno.

Ajal Abe di tangan seorang lelaki yang menurut seorang saksi kejadian, menembaknya dari arah belakang dan mengenai bahagian leher Abe ketika sedang berucap.

Walaupun Abe dikatakan diiringi pengawal keselamatan namun hadirin dapat menghampirinya dengan mudah.


Rakaman siaran oleh NHK menunjukkan Abe berdiri di atas pentas apabila letupan kuat kedengaran dengan asap dapat dilihat jelas

Penembak itu diberkas oleh anggota keselamatan sementara Abe terbaring dengan kecederaan di leher yang berdarah akan meninggalkan gambaran mengngerikan kepada hadirin yang melihat kejadian tersebut.

Abe merupakan perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat. Beliau menyandang jawatan tersebut pada 2006 selama setahun.

Sekali lagi Abe menjadi perdana menteri dari 2012 hingga 2020 sebelum beliau terpaksa berundur atas sebab kesihatan.

Kalau benarlah undang-undang kawalan senjata di Jepun adalah antara yang paling ketat di dunia dengan jumlah kematian tahunan akibat senjata api di negara yang mempunyai 125 juta penduduk itu lazimnya dalam angka tunggal, bagaimanakah bekas perdana menteri itu boleh ditembak? – SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button