Politik

Dua RUU kerajaan PH ditarik balik

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) menarik balik dua Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentang Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajan.

RUU berkenaan adalah menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC).

Kedua-dua RUU berkenana dibentangkan kerajaan PH dalam Dewan Rakyat tahun lepas.

Memetik laporan portal MalaysiaGazette, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan penarikan RUU berkenaan.

Ia dibuat mengikut  Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Terdahulu RUU tersebut mencadangkan pindaan dibuat ke atas Perenggan 2(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan tersebut adalah bagi menetapkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal Parlimen sahaja.

Tempoh tersebut adalah lebih pendek dan dikatakan relevan berbanding sebelum ini yang tiada had bagi seorang Perdana Menteri untuk berada dalam kedudukan tertinggi kerajaan itu.

RUU tersebut sebelum ini dibentangkan oleh PH apabila agenda tersebut menjadi sebahagian daripada manifestonya ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam pada itu, Tambah Takiyuddin, RUU IPCMC pula dikatakan bakal dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat pada kali ini.

RUU yang dibentangkan pada Julai tahun lalu juga dikatakan akan menjalani proses undian pada sidang ini. – SM

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button