Luar Negara

Harga tiket Spider-Man: No Way Home cecah ribuan dollar di eBay

TIKET Spider-Man: No Way Home dijual secara e-dagang dengan kenaikan harga sehingga 1,000 peratus daripada harga asal.

Hal ini susulan selepas pra-penjualan tiket No Way Home menyebabkan beberapa laman web bermasalah sehingga ramai penonton wayang beralih ke eBay untuk membeli tiket sekali gus membuat tempahan tiket.

Dalam pada itu, lebih 400 akaun mendaftar di eBay untuk menjual tiket tersebut dengan harga yang berpatutan dan ada akaun yang menjual tiket itu dengan harga yang keterlaluan.

Peminat boleh melihat beberapa penjual yang menawarkan tiket dengan harga $20 (RM84.49) iaitu beberapa dolar melebihi harga asal.

Walaubagaimanapun, bagi lokasi yang mempunyai permintaan tinggi seperti di New York City, Chicago dan Los Angeles, harga tiket ditetapkan sehingga $25,000 iaitu RM105,587.50 yang menunjukkan kenaikan sebanyak 1,000 peratus.

Oleh kerana eBay membenarkan pengguna menyenaraikan item mereka pada sebarang harga, ramai orang menyemak penyenaraian yang dijual bagi menentukan nilai item.

Dalam kes tiket No Way Home ini, penyenaraian eBay mendedahkan bahawa orang ramai berminat dan sanggup untuk membayar lebih bagi menonton Spider-Man di skrin besar sebelum orang lain.

Penjualan tiket No Way Home tertinggi yang disahkan dijual pada harga yang mengejutkan iaitu $25,000.

Walaupun tidak diketahui sama ada pembeli menyelesaikan pembayaran untuk transaksi tersebut, permintaan untuk menonton filem ini sentiasa tinggi.

Malah, beberapa orang telah terlibat dalam pergaduhan literal mengenai tiket itu, menjadikan tawaran eBay terdengar lebih menarik daripada kebiasaan.

Kejayaan pra-penjualan tiket Spider-Man: No Way Home bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan apa yang peminat tahu tentang filem itu.

Daripada ‘trailer’ yang dikeluarkan, No Way Home akan menampilkan kembalinya Green Goblin, Doctor Octopus, Sandman , Lizard dan Electro yang dilakonkan oleh Willem Dafoe, Alfred Molina, Thomas Haden Church, Rhys Ifans dan Jamie Foxx.

Terdapat teori yang mengatakan bahawa watak Spider-Man sebelum ini yang pernah dilakonkan oleh Tobey Maguire dan Andrew Garfiled juga akan muncul.

Laporan terbaru juga mencadangkan No Way Home akan mempunyai ‘plot-twist’ yang melibatkan watak Sony. – SM

(Visited 927 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button