fbpx
Politik

UMNO, Pas sepakat naik bas menghadap Agong di Istana

UMNO dan Pas kini bagaikan sukar untuk dipisahkan. Muafakat Nasional yang mereka jalinkan sekian lama membuahkan hasil apabila ingin ke Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  pun mereka menaiki bas.

Ahli Parlimen UMNO dan Pas tersebut menaiki bas persiaran Gemba Trans dari ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn.

Turut menaiki bas adalah Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO Datuk Ser Najib Tun Razak.

Sejak 10 pagi tadi mereka berkumpul di situ termasuk Annuar Musa (Keterah), Ismail Sabri Yaacob (Bera), Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

Kumpulan Muafakat Nasional itu tiba di Istana Negara pada pukul 2.30 petang.  Seramai 90 Ahli Parlimen dipanggil untuk menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini.

Baginda akan melakukan temu bual terhadap Ahli Parlimen berkenaan untuk mengetahui sokongan bagi menubuhkan kerajaan baharu berikutan terbubarnya Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan.

Proses itu akan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Setiap Ahli Parlimen diperuntukkan antara dua hingga tiga minit untuk menyatakan pandangan masing-masing, sepanjang temu bual berlangsung.

“Baki lagi 131 Ahli Parlimen akan dipanggil menghadap baginda, esok, selain keseluruhan proses temu bual ini dijangka tamat pada jam 7 malam nanti,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button