NasionalpilihanPolitik

24,906 Peluang Pekerjaan Baharu Buat Keluarga Malaysia Berjaya Diwujudkan

Suku pertama tahun ini menyaksikan dengan meluluskan pelaburan bernilai RM42.8 bilion ke atas 910 projek, sebanyak 24,906 peluang pekerjaan baharu buat Keluarga Malaysia berjaya diwujudkan.

Tahun lalu, dengan jumlah pelaburan bernilai RM306.5 bilion, prestasi pelaburan keseluruhan negara amat memberangsangkan sehingga meningkat 83 peratus berbanding nilai pelaburan tahun 2020.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaburan tersebut yang terdiri daripada 4,564 projek telah mencipta sebanyak 105,000 peluang pekerjaan baharu.

“Sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), saya ingin menegaskan, bahawa keutamaan Kerajaan adalah mewujudkan proses kawal selia dan persekitaran pematuhan lebih mudah, serta mengurangkan kerenah birokrasi

“Oleh itu, Kerajaan bersetuju dengan cadangan penubuhan Unit #MyMUDAH di semua Kementerian dan Agensi
Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan agar memudahkan urusan perniagaan di seluruh
negara,” katanya.

Ismail berkata demikian dalam satu Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-60 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di Hotel One World, Petaling Jaya.

Dalam masa sama, selain mengukuhkan rangka kawal selia untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif, Kerajaan akan menumpukan kepada tiga keutamaan iaitu:

Pertama: Daya Tahan Rantaian Bekalan;
Kedua: Teknologi dan Inovasi; dan
Ketiga: Perdagangan dan Pelaburan yang Mampan

Ujar Ismail, Kerajaan juga prihatin terhadap keperluan untuk terus memperbaiki dan menambah baik dasar serta rangka kawal selia dalam meningkatkan daya saing ekonomi negara

“Agensi penarafan antarabangsa global, S&P Global Ratings juga telah menaik taraf prospek penarafan
Malaysia daripada negatif kepada stabil.

“Hal ini sekali gus memperlihatkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan kredit dan kemampuan Malaysia mengharungi cabaran fiskal selepas pandemik,” katanya.

 

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button