Nasional

Kerjasama UPSI dan syarikat tekstil tempatan My-Sutera tawar faedah diskaun pembelian barangan keperluan sekolah

PUSAT Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoA) dengan syarikat tekstil bumiputera tempatan My-Sutera Sdn. Bhd untuk berkongsi kepakaran aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta kepakaran dalam bidang pengurusan dan peruncitan.

Menurut Naib Canselor UPSI Profesor Dato Dr Md Amin Md Taff berkata pelaksanaan program antara UPSI dan syarikat bumiputera yang membekalkan pakaian dan barangan keperluan persekolahan itu dijangka bakal memberi manfaat kepada lebih 90 ribu alumni dengan faedah pengurangan 10 peratus pembelian barangan menerusi talian di pelantar laman sesawang SchoolMall dengan mengimbas kod QR yang disediakan khas buat alumni.

“UPSI amat bertuah dapat mengadakan kerjasama strategik bersama syarikat MySutera sebagai pelopor pembuatan pakaian baju sekolah jenama Canggih yang berkualiti tinggi sejak era tahun 1980-an lagi”.

“Selain tawaran diskaun, hasil jualan tersebut akan dikongsikan kepada Tabung Alumni Care UPSI sekaligus memberi penjanaan kepada Pusat Alumni UPSI untuk menjalankan kegiatan berkaitan aktiviti bersama bekas pelajar pusat pengajian ini,” jelasnya selepas menandatangani MoA di Kampus Sultan Abdul Jalil di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pusat Alumni UPSI Dr. Siti Hartini Azmi berkata, Pusat Alumni amat mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat korporat bagi melestarikan hubungan luar dengan universiti untuk menyalur kepakaran dua hala antara industri, pelajar dan para alumni.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategik Kumpulan MySutera Sdn Bhd, Masnizam Hisham berkata, syarikatnya tekad berkongsi kepakaran kepada para pelajar menerusi pengalaman yang mereka miliki dalam industri tekstil dan beriltizam untuk mengembangkan program perintis pelajar serta mempelawa para alumni yang terdiri daripada 50 ribu guru sekolah menjana pendapatan sampingan menerusi galakan jualan sambilan.

Pusat Alumni UPSI turut menerima sumbangan sebanyak RM 2,475.25 daripada MySutera hasil jualan fasa pertama menerusi imbasan kod QR oleh orang ramai laman sesawang SchoolMall. Orang ramai yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai Pusat Alumni En Muhammad Zafir Mohd Saman di talian 013-7899337.

(Visited 357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button