Nasional

Aktif samun kedai 24 jam, Geng Vasu Kepong ditahan

GENG Vasu Kepong yang aktif melakukan jenayah samun kedai serbaneka 24 jam dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang akhirnya ditahan dalam beberapa serbuan kelmarin.

Serbuan pertama dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang di kawasan parkir di lot Taman Teratai Mewah, Setapak, Kuala Lumpur dan berjaya menahan seorang lelaki.

Soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan di Desa Aman Puri dan Taman Ehsan Kepong serta menahan tujuh lagi lelaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Polis Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, tiga daripada empat kereta yang dirampas iaitu sebuan Suzuki Swift dan dua Proton Wira Aeroback adalah kenderaan curi.

“Ketiga-tiga kereta curi itu didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dipercayai digunakan suspek untuk melakukan kegiatan samun,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pelbagai barangan lain yang dipercayai hasil kegiatan jenayah geng tersebut turut dirampas.

Jelasnya, enam anggota ahli tersebut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button