Nasionalpilihan

Polis tak pernah minta bayaran ikat jamin ‘rider panda’

SEMALAM, kecoh di laman sosial apabila lima ‘rider foodpanda’ ditahan kerana memukul seorang pelanggan yang didakwa telah menyentuh sensitiviti agama Islam.

Ada yang menyatakan bahawa tindakan ‘rider foodpanda’ itu sebagai sesuatu yang bagus dan ada juga yang beranggapan bahawa tindakan itu hanya mengundang padah pada diri sendiri.

Tidak berapa lama selepas kesemua rider itu ditahan, muncul pula satu poster di media sosial yang didakwa dari Pertubuhan-Pertubuan Pembela Islam berkaitan kutipan wang untuk membayar ikat jamin kelima-lima rider tersebut.

Posting tersbeut memberitahu yang lima orang ‘rider’ ditahan kerana mempertahankan kalimah Allah perlu membayar wang ikat jamin sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 seorang.

Turut disertakan dalam posting itu ialah nombor akaun bank untuk orang ramai menghulurkan bantuan.

Namun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menafikan pihaknya mengenakan wang ikat jamin terhadap orang kena tangkap (OKT).

“Kita mengesyaki terdapat individu atau persatuan yang mengambil kesempatan dengan cuba membuat kutipan derma untuk kepetingan peribadi.

“Kita telah membuat kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai juga dinasuhatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang postin melibatkan nama polis yang meminta derma daripada mana-mana individu atau persatuan. -SM

(Visited 912 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button