Politik

Rakyat tidak sedar PN terbentuk atas fenomena destruktif – Mujahid

NAIB Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional mengandungi elemen destruktif.

Mujahid mendakwa, rakyat tidak menyedai Kerajaan PN mengekpoitasi sentimen agama dan kaum.

“Rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini terbentuk atas fenomena destruktif ini.

“Eksploitasi agama dan kaum mempengaruhi psyche sebilangan rakyat. Mereka ditanam dalam benak pemikiran mereka alasan perkauman dan agama untuk mewajarkan kehadiran kerajaan PN.

“Antara yang utama ialah retorik agama Islam dikatakan terancam dan Cina melalui DAP dikatakan menguasai negara!

“Semua kita tahu ia tidak benar tetapi era ‘post-truth’ bukan tentang kebenaran fakta tetapi sejauhmana kita dapat membenarkan yang palsu melalui medsos yang sangat berpengaruh dalam kehidupan masyarakat hari ini,” kata Mujahid.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Mujahid mendakwa fenomena tersebut sedang berkembang pesat dalam memaksa rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa kaum dan agama secara destruktif adalah sebagai sesuatu yang normal.

“‘Melayu dan Islam terancam’, ‘TH dikuasai Cina DAP’ ‘Balik ke Tongsan’ ‘Undi PAS masuk syurga’ ‘PAS Islam, Islam.PAS’ ‘MP Cina kuasai parlimen’ ‘Bahaya Agenda Liberal’, semua retorik ini membentuk psyche orang Melayu dan PN+MN memperkukuhkannya dengan kuasa yang ada pada mereka hari ini.

“Yang bukan Melayu samada rasa takut untuk menolak fenomena ini atau jika mahu bersuara akan berhadapan risiko berpotensi dilabel ‘anti Melayu’ dan ‘anti-Islam’ sekaligus boleh didakwa bawah akta hasutan dan lain-lain akta yang releven.

Mujahid mendakwa, rakyat Malaysia tidak pernah mengenali budaya baru tersebut.

“Inilah yang saya maksudkan dengan sistemik melalui laungan ketuanan Melayu dan Islam terancam maka lengkaplah sudah formula ‘musibah besar’ yang akan melanda negara jika tidak dihentikan,” kata Mujahid.-SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button