Belang BertempatUncategorized

UMNO bukan memerintah, maka harus hormat pemerintah

JIKA dahulu apa yang diputuskan UMNO, itulah dasar kerajaan. UMNO yang merupakan parti terbesar orang Melayu memerintah lebih 60 tahun, hilang kuasa pada 2018 apabila gabungan Barisan Nasional tumpas kepada Pakatan Harapan.

Era sebelumnya dasar yang ditentukan UMNO lebih mengutamakan orang Melayu dan memang itu dasar perjuangannya, tetapi setelah kehilangan kuasa semuanya telah berubah.

Mesyuarat luar biasa UMNO semalam lebih kepada menunjukkan kesepakatan pemimpin parti itu dan mereka bersedia untuk menyingkirkan gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut, dan memalu gendang pilihan raya.

Namun segalanya masih tertakluk Pendaftar Pertubuhan atau ROS yang dikuasai kerajaan dan kerajaan pula dianggotai Bersatu, Pas, UMNO dan parti dari Sabah serta Sarawak.

Walaupun Datuk Seri Ismail Sabri ialah Perdana Menteri merupakan pemimpin kanan UMNO, tetapi perlu akur dengan keputusan kabinet.

Zaman parti menguasai kerajaan telah berlalu dan UMNO sedang berusaha untuk mengembalikan zaman itu dengan menjadi parti dominan dan stabil.

Persoalannya kini mampukah UMNO untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah parti yang paling wajar dipilih untuk kembali memerintah.

Setakat hari ini riak serta sikap para pemimpin UMNO sangat menjelekkan, dan majoriti rakyat tidak gemar dengan perlakuan sedemikian.

Bukan sahaja pemimpin UMNO, bahkan anak beranak mereka mula mempamerkan kemewahan dan sikap gilakan kuasa.

Inilah yang menyebabkan UMNO dibenci sebelum ini dan perkara itu kembali berlaku.

Di zaman media sosial memang sukar untuk mengelak daripada seseorang bermegah-megah menunjukkan kemewahan serta kuasa yang ada.

Inilah jerangkap samar yang sering memerangkap orang politik dan ahli keluarga mereka.

Apabila terlalu mendedahkan diri ia menyebabkan mereka menjadi tumpuan masyarakat dan terbuka kepada kritikan serta kecaman.

Ramai berharap UMNO berubah demi kestabilan negara dan kepimpinan parti itu juga dibersihkan daripada toksik yang menghalang perubahan.

 

 

(Visited 645 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button