Belang Bertempat

PRN Sabah ujian pertama ajar `pengkhianat’ mandat rakyat

BELUM ada lagi pilihan raya mega sejak PRU-14, 9 Mei 2018.

Yang ada silih berganti lebih 10 pilihan raya kecil (PRK) yang tujuh tidak silap Belang dimenangi oleh gabungan Muafakat Nasional (MN) didominasi UMNO-Pas manakala kira empat atau lima lagi dipertahankan oleh Pakatan Harapan.

Maka, pilihan raya negeri Sabah (PRN) ke-15 yang akan berlangsung 26 September ini, dengan medan tempur akan dibuka tirainya Sabtu 12 September ini akan menjadi ujian besar pertama rakyat untuk menguji mandat mereka dalam sistem demokrasi negara.

Maksud lebih dalam adalah inilah masanya untuk pengundi di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah memberi pengajaran kepada individu-individu `tidak setia, pelompat parti, rakus, gilakan wang ringgit’ andai mereka masih menjadi calon pilihan raya untuk menentukan untung nasib mereka.

PRN ke-15 Sabah inilah gelanggangnya. Inilah medannya, supaya keputusan pengundian ini akan menjadi panduan parti-parti politik di Semenanjung hala tuju yang perlu mereka ambil dalam menentukan calon-calon pilihan dan isu yang bakal dibawakan.

Rakyat, Belang yakin, tidak pandai berfalsafah dengan teori-teori pelik. Mereka mahu ‘duit di tangan dapat beli keperluan hidup’. Ekonomi perut, ringkasannya.

Dalam keghairahan untuk menang pilihan raya, janji perjuangan menjadi asas dan landasan kepada sesuatu parti politik.

Contoh terdekat adalah impak dari pembinaan projek Pan Borneo yang jika siap kepada rakyat, kesan sosio ekonominya besar termasuk nilai tanah melambung naik.

Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan yang bersempadan Sabah dan Sarawak misalnya dijangka membawa kemakmuran ke wilayah itu, sekali gus membawa tempias kemakmuran ke Sabah dan Sarawak.

Impak pertumbuhan Kalimantan akan menjadi lebih besar sekiranya wujud jalinan perhubungan darat, udara dan maritim yang baik antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

Kesan ini boleh diperhatikan menerusi kemasukan komuniti peniaga dan pelancong yang akan menjadikan bandar-bandar di Sabah seperti Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Semporna sebagai pintu masuk atau tempat transit mereka sebelum meneruskan perjalanan ke ibu kota Indonesia yang baharu itu.

Dengan impak Pan Borneo, masa perjalanan ke Kota Kinabalu dapat disingkatkan ke setengah jam sahaja.

Bayangkan dalam 30 minit macam-macam kegiatan ekonomi dapat dilakukan. Pelabur pun boleh bina kilang di sana sebab perhubungan sudah dekat dengan Kota Kinabalu.

Rakyat Sabah, seingat Belang semasa kempen PRK Kimanis Januari tahun ini menolak usaha parti tertentu memperjuangkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS). Pas ini pun tidak pernah diluluskan semasa era pentadbiran BN (2009-2018) diperakui oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada 2015.

PSS ini (atau dikenali pas residen pada awalnya) tidak diluluskan (semasa pentadbiran BN), cuma ada cadangan beberapa pilihan, tapi tak dilaksanakan,.

Sebab semua maklum implikasinya agak besar. Siapa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lahir akan dapat PSS secara automatik menjadi warganegara. Ini akan membuka ruang seluas-luasnya kepada orang Filipina masuk ke Malaysia.

Mungkin pengundi Sabah sudah sampai masanya menunjukkan kepada semua bahawa anggota pentadbiran seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri-menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ahli Parlimen serta penjawat-penjawat politik yang lain menerima layanan sama seperti diterima penjawat awam.

Ini amat penting dijadikan amalan wajib demi teladan dan menghormati Perlembagaan negara dan tuntutan rule of law – satu-satunya istilah yang kerap disalah mengerti oleh masyarakat.

Biasalah, dalam perjuangan politik memang mudah tersua ungkapan-ungkapan hebat laksana menggegarkan jiwa dan lantas meraih sokongan.

Dalam keghairahan untuk menang pilihan raya, janji perjuangan menjadi asas dan landasan kepada sesuatu parti politik.

Rakyat Sabah tidak akan lupa bagaimana kekecewaan terhadap skim PTPTN yang diumumkan manakala lain pula dilaksana. Demikian juga dengan tol,pengguna tidak terkesan dengan kelonggran bagi tempoh jam 11 malam hingga 5 pagi. Kepentingan GLC/SBK dalam syarikat-syarikat tol tidak dicerakin hakikatnya.

Isu ‘1MDB, rasuah dan penyelewengan’ biarlah mahkamah memutuskan.

Para pemimpin politik perlu mencorakkan hala tuju berfokuskan `ekonomi perut’ rakyat menuju Pilihan Raya Umum ke-15, yang kini didahului gelanggang PRN ke-15 Sabah.-SM

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button