NasionalUncategorized

PKPD asrama pekerja Top Glove, Klang dilanjutkan 14 hari

MENTERI Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan ke atas asrama pekerja Top Glove di Klang, Selangor dilanjutkan selama 14 hari lagi.

PKPD yang dikenakan ke atas asrama pekerja Top Glove di Klang yang bermula pada 17 November lalu, sepatutnya tamat hari ini.

Apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 5,805 saringan sebanyak 3,406 kes Covid-19 di asrama Top Glove.

“Kadar positif Covid-19 masih tinggi dan kes baharu masih dikesan di kalangan pekerja. “Saringan kedua dijalankan dan diteruskan. KKM dapati, kes negatif masih berisiko. Atas nasihat KKM, kita bersetuju PKPD dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 1 Disember 2020 sehingga 14 Disember 2020,” katanya dalam sidang akhbar harian PKPD hari ini.

Beliau berkata, semua pekerja kilang diwajibkan menjalani saringan Covid-19 di klinik-klinik swasta dan dipantau serta dikawal selia oleh pejabat kesihatan daerah Klang.

“Saring negatif bukan warganegara, mereka  diletak di stesen kuarantin di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian selama 14 hari .

“Mereka ini tidak dibenarkan bergerak dan dipakaikan gelang pengawsan.  Pada hari ke 13, akan dijalankan ujian Covid-19 ke atas mereka,” jelas beliau.

Bagi pekerja kilang yang bukan warganegara, mereka yang positif ujian saringan Covid-19 akan ditempatkan di Pusat PKRC, asrama lelaki dan wanita yang diwartakan.

“Warganegara pula yang positif selepas jalani ujian saringan Covid-19 akan ditempatkan di fasiliti dibawah pemantauan KKM.

“Mereka yang positif ini tidak dibenarkan bekerja sehingga keputusan diperoleh,” katanya.

Beliau berkata, berkenaan dengan dakwaan  KKM bekerjsama dengan Top Glove membenarkan mereka yang disaring, bekerja seperti biasa.

Ini jawapan Ismail Sabri: “Itu tak betul. Kerana mereka dikuarantin 14 hari, tak dibenarkan bekerja dan memakai gelang kuarantin menunjukkan mereka sedang dikuarantin.”

Ismail Sabri juga berkata, bermula esok, semua pekerja asing di negara ini akan disaring dan menjalani ujian Covid-19.

“Saringan terhadap pekerja warga asing kilang kenalpasti oleh Kementerian Sumber Manusia.

“Pihak majikan perlu menyediakan stesen kuarantin, pusat dan rawatan PKRC yang bersesusaian.

“Kos , makan minum, pengangkutan untuk membawa pekerja ke kuarantin stesen dan  saringan ditanggung majikan.

“Jika positif RTK pekerja ditempatan di asrama berasingan. Jika asrama tak sesuai, PKRC disediakan oleh majikan.

“Jika positif, pekerja ada gejala ringan, PKRC disediakan majikan. Jika positif rtca antigen, pekerja menunjukkan gejala serius, akan dimasukkan ke hospital,” katanya.

Gelang pengawasan berwarna selain HSO untuk membezakan pekerja yang sedang dalam kuarantin.

Kilang Kamaya dan kilang selutika di Ipoh, KKM mengesahkan kes Covid-19 melibatkan pekerja di kedua-dua kilang, merebak di kawasan tempat tinggal.

Sebanyak 1,402 dari kilang Kamaya disaring dan jumlah kumulatif kes positif yang direkodkan adalah 228 kes.

“Daripada jumlah itu, 110 kes positif direkodkan melibatkan pekerja di Zon A, Taman Klebang Jaya, Ipoh.

“Manakala 737 ujian saringan telah dilaksanakan di Kilang Salutica dan sebanyak 119 kes positif telah direkodkan dan 618 saringan masih menunggu keputusan.

“Daripada jumlah itu, 89 kes positif adalah melibatkan jangkitan pekerja yang tinggal di Taman Pinji Mewah.

“Atas nasihat KKM, PKPD selama 14 hari, bermula 1 Disember akan dilaksanakan di Zon A, Taman Klebang jaya dan  Taman Pinji Mewah,” katanya sambil menambah, pelaksanaan PKPD itu adalah bagi mengurangkan kadar keberjangkitan dalam komuniti selain KKM dapat membuat saringan bersasar. – SM

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button