Nasional

Dr Mahathir ucap terima kasih pada media

TUN Dr Mahathir hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media, kerana telah menyumbang kepada menjadikan dunia lebih baik.

Bersempena dengan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini, bekas perdana menteri itu memuat naik satu video pendek di laman Facebooknya, untuk berkongsi momen beliau bersama media.

Dalam hantaran tersebut Dr Mahathir turut mengajak orang ramai untuk berkongsi momen dan gambar mereka bersama pengamal media dalam ruangan ‘replies’ pada video pendeknya itu.

“Fraterniti media merupakan antara yang terbaik yang saya pernah bekerja dan berhubung. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua pengamal media atas sumbangan menjadikan dunia lebih baik. Teruskan kerja baik ini! #HappyWorldPressFreedomDay,” katanya.

Sehingga jam 3 petang tadi, video berdurasi satu minit 30 saat itu, telah mendapat lebih 1,400 ‘likes’ dan lebih daripada 70 komen.

Hari Kebebasan Akhbar Sedunia disambut pada 3 Mei setiap tahun, sejak diisytihar oleh Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1993.

Sambutan tahun ini bertemakan “Journalism without Fear or Favour’ atau Kewartawanan Tanpa Rasa Takut Atau Berpihak. – BERNAMA

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button