Berita

Covid 19: Hampir 13,000 sampel belum diproses di Sabah

SABAH masih berdepan situasi kritikal dengan jumlah sampel ujian Covid-19 tertangguh yang tinggi, iaitu 12,720 sampel.

Sehingga kini, itulah bilangan sampel yang masih menunggu hasil ujian. Jumlah itu bercampur dengan bilangan sampel lama yang tertangguh sebelum ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah yang banyak ini mencerminkan usaha Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang menjalankan saringan Covid-19 secara meluas.

Mengenai kes tidak bergejala pula, setakat ini 27.6 peratus kes Covid-19 yang dilaporkan di Sabah tidak menunjukkan sebarang gejala.

Berhubung kes pemegang permit yang dibenarkan rentas daerah, Masidi berkata, semua yang memperoleh permit bagi merentas sempadan ini perlu benar-benar dibuktikan sihat dan tidak bergejala Covid-19.

Mereka yang dibenarkan merentas daerah juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa sekarang.

Sementara mengenai pesakit Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah, Masidi berkata, kes-kes begini bergantung kepada keadaan seperti pesakit tinggal bersendirian mahupun semua penghuni dalam rumah tersebut disahkan dijangkiti Covid-19.

Rawatan yang diberikan mengikut bentuk rawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, proses rawatan di rumah ini bergantung kepada tanggungjawab. Jika semua yang terlibat mengambil taunggungjawab serius, lebih berdisplin maka, jangkitan terhadap orang lain dapat dikurangkan.

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button