Berita

MRT-APEC tumpu perdagangan dalam menangani pandemik COVID-19

Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab untuk Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-27 yang dijadualkan berlangsung malam ini akan fokus kepada peranan perdagangan dalam menangani pandemik COVID-19 dan kepentingan mengekalkan perdagangan terbuka untuk pulih dalam krisis ekonomi.

Menteri-menteri berkenaan dijangka bertukar pandangan mengenai bagaimana dasar perdagangan dapat mengurangkan kesan pandemik itu serta usaha secara kolektif yang dapat dilakukan oleh APEC untuk menyokong pemulihan ekonomi global, kata Kementerian Perdagangan Internasional dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengetuai delegasi Malaysia dalam Mesyuarat MRT yang dijadualkan malam ini. Menteri-Menteri Perdagangan dari 21 negara anggota APEC dijangka mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.

Sebagai sebahagian daripada tradisi MRT, Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang baru dilantik, Dr Ngozi Okonjo-Iweala, juga akan hadir untuk memberikan perkembangan terkini mengenai perdagangan global serta kerja-kerja yang sedang dilakukan di WTO , kata MITI.

Untuk APEC 2021, New Zealand telah memilih tema “Join. Work. Grow. Together” mencerminkan bahawa ia adalah sesuatu yang amat penting bagi negara-negara di di Asia Pasifik untuk bersama-sama dan membangun semula rantau ini.

Keutamaan utama APEC 2021 adalah dasar ekonomi dan perdagangan yang memperkukuhkan pemulihan, meningkatkan Inklusi dan kemampanan untuk pemulihan dan melakukan inovasi dan pemulihan secara digital.

Bagi menyokong Persidangan Menteri-Menteri WTO ke-12 (MC12) yang akan diadakan akhir tahun ini, Mesyuarat MRT itu juga akan mempertimbangkan jalan kehadapan dalam membina momentum untuk hasil yang konkrit pada MC12.

Justeru, Ketua Pengarah WTO dijangka dapat menyampaikan pandangannya mengenai prospek global untuk tahun 2021 dan harapan terhapad MC12, kata MITI.

Mohamed Azmin dijangka dapat berkongsi pandangan Malaysia mengenai pengoptimuman dasar yang dapat digunakan oleh APEC dan untuk mendorong negara-negara anggota APEC untuk terus bertindak secara kolektif dalam memastikan aliran perdagangan dan perkhidmatan beroperasi tanpa gangguan dalam waktu sukar ini termasuk akses yang adil mendapat vaksin dan memastikan kesinambungan rantaian bekalan mereka.

“Wawasan Putrajaya APEC 2040, sebuah dokumen aspirasi jangka panjang yang dicetuskan oleh Malaysia dan dilancarkan oleh Pemimpin-Pemimpin APEC pada tahun 2020 akan turut dimasukkan dalam perbincangan.

“Menteri-Menteri MITI akan memastikan sokongan penuh Malaysia dalam menjayakan perkara paling penting dalam APEC 2021 yang merupakan rancangan pelaksanaan komprehensif untuk Wawasan Putrajaya APEC 2040,” katanya.

— BERNAMA

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button