Politik

UMNO akan bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU15

SASARAN UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ialah bertanding di sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen jika Pas tidak bersama mereka.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,  daripada jumlah kerusi yang ditandingi itu mereka menyasarkan untuk menang sekitar 70 kerusi.

Namun itu semua katanya bergantung kepada Pas saama akan bersama UMNO atau tidak.

Katanya, jika Pas memilih untuk  tidak bersama, UMNO tidak ada masalah untuk bergerak solo pada PRU15.

Namun sekakat ini katanya, rundingan mengenai agihan kerusi dengan Pas sedang berjalan.


Rundingan dengan Pas katanya, belum muktamad dan sudah semestinya 18 kerusi milik mereka sekarang akan ditandingi oleh parti itu.

Katanya, 18 kerusi itu adalah sebahagian daripada 117 kerusi berteraskan Melayu di Semenanjung.

Kebiasaannya kata beliau, UMNO akan bertanding di kawasan yang pengundi Melayunya lebih 50 peratus.

Pada PRU14 katanya, UMNO bertanding di lebih 120 kerusi. Tetapi jika bersama Pas agihan akan dilakukan secara adil agar tidak ada pihak yang rugi.

Beliau turut melahirkan keyakinan boleh menang mudah di 70 hingga 80 kerusi Parlimen.

Katanya, ini berdasarkan pada PRU14 di mana orang hina dan benci UMNO-Barisan Nasional tetapi mereka masih boleh menang 54 kerusi.

 

(Visited 193 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button