NasionalNegeri

KPJ Perlis mahu kakitangan hayati Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

HOSPITAL Pakar KPJ Perlis melancarkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 dan Hari Malaysia kerana mahukan setiap kakitangannya bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

Pengarah Perubatannya, Dr Hari Ram Ramayya berkata, sekaligus dapat mengeratkan perpaduan pada tahap yang lebih tinggi.

“Biarpun ada perbezaan agama dan kaum tetapi itu bukanlah menjadi halangan untuk masing-masing mengekalkan pepaduan,” kata pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 dan Hari Malaysia di lobi KPJ Perlis hari ini.

Hari Ram melancarkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 dan Hari Malaysia peringkat KPJ Perlis sambil disaksi Zakiah hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Kejururawatan (CNO), Zakiah Hasan.

Sempena sambutan ini juga diadakan Pertandingan Pakaian Retro, Nyanyian Lagu Patriotik dan Sesi Fotografi.

Hari Ram berkata, KPJ Perlis juga menawarkan “Merdeka Screening Package” hanya RM66 bersempena angka kemerdekaan negara.

Katanya, pakej ini melibatkan pemeriksaan darah, buah pinggang, hati, gula dalam darah, kolesterol dan air kencing.

Hari Ram berkata, pihaknya juga menunggu “lampu hijau”‘dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membuka satu lagi wad iaitu Wad Seroja dengan 24 katil.

“KPJ Perlis telah bersiap sedia sepenuhnya dan kita terus membuka wad ini sebaik sahaja diluluskan,” katanya.

Katanya sekaligus KPJ Perlis akan mempunyai 60 katil kesemuanya tidak lama lagi. – SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button