BeritaPendidikan

UiTM Dengkil meriah sambut hari Malaysia secara maya

Dalam usaha memupuk semangat patriotisme  dalam warga kampus, Pusat Asasi UiTM Dengkil telah mengadakan sambutan Hari Malaysia 2021 yang bertemakan “Malaysiaku Tercinta” secara maya yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kolej, Staf Residen Kolej (SRK) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Pusat Asasi UiTM. Sambutan ini sangat signifikan dalam memastikan warga UiTM, mahupun staf atau pelajar tetap bersemangat untuk menyambut Hari Malaysia walaupun bukan  secara fizikal. Sambutan ini disiarkan secara langsung di atas talian melalui saluran Youtube Pusat Asasi UiTM dan telah mendapat lebih 6000 tontonan.

Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi UiTM, Profesor Dr Saifollah Haji Abdullah. Menurut beliau di dalam mengharungi norma baharu ini kita tetap melaksanakan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini walaupun dibuat secara maya. “Kita sebagai rakyat Malaysia mesti menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana melalui penghayatan tersebut ianya akan terus menaikkan semangat kecintaan kepada tanah air kita. Semoga kita dapat memupuk sifat keprihatinan dalam diri, komuniti dan rakan-rakan kita” kata beliau.

Program ini juga turut dihadiri oleh Pengetua Kolej Kediaman Pusat Asasi UiTM, En. Mahadi Kamaludin, Barisan Pengurusan Eksekutif, staf-staf dan para pelajar. “Walaupun ianya mungkin tidak semeriah sekiranya sambutan ini diadakan secara fizikal, pihak penganjur telah menyusun pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan daripada staf dan juga para pelajar bagi memberikan mood dan kemeriahan sambutan pada hari ini yang dbuat secara maya” kata En. Mahadi.

Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan pada kali ini pelbagai aktiviti telah dirangka oleh penganjur antaranya adalah tayangan video “Selamat Hari Jadi Malaysia”, video persembahan nyanyian lagu ‘Sehati Sejiwa’, video Typical Malaysia “Ada Apa Dengan Malaysia”, video persembahan Zapin dan video tarian tradisional Sabah daripada pelajar-pelajar. Perkara yang lebih mencuitkan hati semua yang terlibat adalah tayangan video ‘bloopers’ yang menunjukkan di sebalik takbir setiap video yang telah ditayangkan.  Video-video tersebut telah berjaya merakamkan perasaan cinta akan negara daripada semua warga dan sudah pasti menunjukkan kemeriahan sambutan pada kali ini.

Antara aktiviti lain yang diadakan adalah slot forum yang bertajuk – “Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia”. Forum tersebut telah menampilkan panel-panel yang hebat iaitu Dr. Ikhwan Naim Md Nawi selaku Timbalan Pengarah Pusat Asasi, saudara Haikal Farid yang merupakan seorang selebriti terkenal dan saudari Nur Aqila Awatif, pelajar Pusat Asasi. Forum tersebut membincangkan topik-topik yang menarik dan menumpukan sejauh mana perasaan bangga dan cinta setiap individu menjadi seorang rakyat Malaysia. Forum yang mengambil masa selama satu jam setengah ini dikendalikan oleh moderator daripada pelajar Asasi UiTM iaitu saudara Muhammad Mifdhal.  Program ini telah diakhiri dengan persembahan video nyanyian pelajar Pusat Asasi, saudari Syazreen Yunadia dengan lagu berjudul ‘ODL- I Will Survive’.


Bagi mereka yang terlepas mengikuti program ini, ianya boleh ditonton melalui siaran rakaman di Youtube Pusat Asasi UiTM. 

(Visited 221 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button