NasionalNegeriPendidikan

POLIMAS, MAPIM kerjasama Tabung Selamatkan Masjidil Al-Aqsa

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu kutipan amal Tabung Selamatkan Masjidil Al-Aqsa. Pelancaran tabung ini telah di Bilik Seminar, Perpustakaan, POLIMAS.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dengan kerjasama ini membuktikan rakyat Malaysia aktif menyumbang untuk bersolidariti dengan perjuangan Palestin.

Sebahagian dari anggota Sukarelawan My Child yang akan menggerakkan Tabung Selamatkan Masjidil Al-Aqsa di seluruh Kedah.

“Sesungguhnya perjuangan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa adalah perjuangan setiap Muslim diseluruh dunia , bukan hanya untuk orang Palestin semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Rosli Idris menyeru para pelajar agar terlibat dengan aktif untuk menjayakan kutipan ini bagi membantu mencapai matlamat kutipan menjelang Aidiladha.

“Pelajar seharus menyedari dan menghayati bahawa tiga tempat suci dalam Islam yang perlu kita pertahankan ialah Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa,” katanya.

Rosli Idris bersama Mohd Azmi Abdul Hamid semasa melancarkan Tabung Selamatkan Masjidil Al-Aqsa di POLIMAS, Jitra,Kedah.

Sehubungan itu, katanya, seharus sebagai umat manusia perlu prihatin membantu dan menyelamatkan Masjidil Aqsa dan juga rakyat Palestin yang ditindas oleh Yahudi.

Walaupun kita tak mampu melawan mereka katanya, perjuangan dengan membuat kutipan derma ini sekurang-kurang membantu mengurangkan bebanan mereka akibat ditindas oleh Yahudi.

Rosli Idris memberikan sumbangan peribadi kepada Tabung Selamatkan Masjidil Al-Aqsa.

Katanya lagi, sekaligus pelajar akan mengerti betapa pentingnya kemerdekaan negara kita sekarang dimana kita oleh hidup tenang dan menghargai keamanan negara kita berbanding Palestin yang telah dijajah.

Manakala pelajar POLIMAS, Muhammad Faris Hasni Abdul Rahman berkata, beliau bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai MyChild.

“Saya percaya ianya dapat menarik minat mahasiswa menjadi sukarelawan kerana ia dapat melahirkan mahasiswa yang penuh empati,” katanya. – SM

BACA Bekas Imam Masjidil Haram Makkah di penjara 10 tahun

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button