Berita

Sewa tapak Bazar Aidilfitri Mega Klebang tidak lebih RM5,000

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 29 Mac – Tiada sebarang kenaikan harga sewa tapak mencecah lebih RM5000 di Bazar Aidilfitri Mega
Klebang sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tapak ditawarkan pada harga yang tidak mampu
dibayar oleh peniaga.

Penganjurnya, Rasydan Zahier berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan sengaja
diada-adakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, harga tapak yang ditawarkan kepada peniaga antara RM4,500 hingga RM5,000 bagi khemah
berkeluasan 18×18 sebanyak 190 tapak yang ditawarkan.

Beliau berkata, harga yang ditawarkan hanya naik sebanyak RM500 dan bukan berlipat kali ganda seperti yang
dihebohkan sebelum ini.


Jelasnya, kenaikan sewa tapak sebanyak RM500 daripada RM4,500 kepada RM5,000 tidak dapat dielakkan
berikutan kenaikan sewa khemah dan pendawaian.

“Pada saya harga yang sewa tapak adalah berpatutan selain lokasi di pesisir pantai Klebang telah berpindah
ke tempat asal pada 2019 iaitu di Taman Klebang Utama atas arahan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
(MBMB).

“Setakat ini tidak ada peniaga di sini merunggut dengan kadar sewa tapak yang ditawarkan dan semua 190
tapak telah ditempah dan mereka hanya menunggu masa sesuai untuk memasukkan barang-barang jualan,” ujarnya
di sini hari ini.

Rasydan turut menegaskan pihaknya juga tidak membenarkan peniaga menyewakan tapak niaga mereka kepadapihak lain yang cuba mengaut keuntungan.

Jelasnya, semua peniaga perlu mematuhi segala syarat dan lesen yang telah ditetapkan oleh pihak MBMB jika
tidak lesen mereka akan ditarik balik.

“Setakat ini, saya tidak menerima sebarang laporann kegiatan ‘Ali Baba’ iaitu tapak bazar disewakan kepada
pihak lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rasydan berkata, penampilan bazar kali ini dijangka menarik perhatian pengunjung kerana
susunan yang lebih kemas dan teratur.

Katanya, bazar menjual makanan dan minuman diasingkan daripada peniaga yang menjual pakaian, aksesori
wanita, kasut, tudung, pakaian lelaki dan sebagainya.

Katanya, pelbagai aktiviti diatur di bazar berkenaan seperti persembahan artis terkenal, qasidah, program
bubur lambuk, busking, cabutan bertuah dan sebagainya.

 

(Visited 197 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button