fbpx


Berita

Kes Zahid: Saksi akui cek ditandangan lebih awal, sebelum dimasukkan butiran bayaran

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bersetuju tiga keping cek untuk pembayaran polisi insurans kenderaan milik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah ditandangan terlebih dahulu oleh Ahmad Zahid sebelum dimasukkan butiran pembayarannya.

Ahmad Izhan Abd Rashid dari syarikat agen insurans Allianz General Insurance membuat persetujuan itu selepas disoal Hamidi Mohd Noh iaitu peguam yang mewakili Ahmad Zahid.

Ahmad Izhan bagaimanapun tidak tahu cek berkenaan telah dikeluarkan dengan cara salah oleh individu dari Kementerian Dalam Negeri iaitu  Mejar Mazlina Mazlan yang berurusan dengannya.

Tiga cek Affin Bank itu masing-masing berjumlah RM 24,980; RM 43,645 dan RM 38,884 bertarikh antara Januari 2015 hingga September 2015.

 


SOALAN: ENCIK, TADI DAH BACAKAN PENYATA BERTULIS KAMU, SEKARANG SAYA NAK REFER SPESIFIK, 3 PARA. PARA 18, 66, DAN 103. CEK YANG KAMU KATA KAMU TERIMA. P172 YANG KAMU RUJUK PADA PARA 18, MOHON SAKSI DIRUJUK P172. CEK NOMBOR 500293, TARIKH 22 JANUARI 2015 JUMLAH RM24,980.00, SAYA NAK KAMU RUJUK PADA CEK ASAL. LIHAT BAHAGIAN TANDATANGAN, DAN BAHAGIAN TULISAN BAHAGIAN DETAILS. TENGOK INK ATAU DAKWAT DALAM BAHASA MELAYU PADA TANDATANGAN, PADA BAHAGIAN BAYAR DAN RINGGIT MALAYSIA.

SETUJU ATAU TIDAK DAKWAT PADA TANDATANGAN DAN PADA TULISAN BAYAR DAN RINGGIT MALAYSIA ADALAH DUA DAKWAT BERBEZA?

JAWAPAN: YA

SOALAN: RUJUK PADA CEK P179, YANG KAMU RUJUK PADA PARA 66, SAMA MACAM TADI, TENGOK DAKWAT TANDATANGAN DAN DAKWAT BUTIRAN, NAMA, BAYAR DAN RINGGIT MALAYSIA. SETUJU DAKWAT TANDATANGAN BERBEZA DENGAN TULISAN BUTIRAN?

JAWAPAN: BERBEZA. SETUJU.

SOALAN: SETERUSNYA CEK P183, YANG KAMU RUJUK PADA PARA 103, TENGOK DAKWAT TANDATANGAN DAN BUTIRAN, SETUJU DAKWAT TANDATANGAN BERBEZA DENGAN BUTIRAN?

JAWAPAN: YA

SOALAN: SETUJU DENGAN SAYA DISEBABKAN OLEH DAKWAT YANG BERBEZA TADI, BUTIRAN DITULIS PADA LAIN MASA DENGAN TANDATANGAN?

JAWAPAN: SETUJU

SOALAN: MALAH ADA KEMUNGKINAN TANDATANGAN ITU TELAH DIBUAT DAHULU SEBELUM BUTIRAN DITULIS?

JAWAPAN: SETUJU

SOALAN: DALAM PERNYATAAN BERTULIS, SETIAP KALI KAMU SEBUT, CONTOH PARA 16, KEMUDIAN PARA 64, KEMUDIAN PARA 101, IAITU KAMU TERIMA CEK-CEK INI DARI MEJAR MAZLINA, BETUL?

JAWAPAN: BETUL

SOALAN: KESEMUA CEK INI MEJAR MAZLINA BERI?

JAWAPAN: BETUL

SOALAN: SETUJU BAHAWA SETIAP KALI KAMU TERIMA CEK INI, IA SUDAH SIAP, IT’S A READY CHEQUE?

JAWAPAN: BETUL

SOALAN: DISEBABKAN ITU, KAMU TIDAK NAMPAK SIAPA YANG SIGN ATAS CEK TERSEBUT?

JAWAPAN: SAYA TAK NAMPAK

SOALAN: SETUJU DENGAN SAYA BAHAWA CEK YAYASAN AKALBUDI TELAH DIISUKAN SECARA SALAH OLEH MEJAR MAZLINA?

JAWAPAN: TAK TAHU.

SOALAN: DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI MEMPUNYAI KEMAMPUAN MENGGUNAKAN WANG DARI AKAUNNYA SENDIRI UNTUK MEMBUAT TIGA PEMBAYARAN INI, JUMLAHNYA SEPERTI P172, P179 DAN P183. HE CAN AFFORD IT ON HIS OWN. SETUJU?

JAWAPAN: SETUJU

SOALAN: ITU SAHAJA YANG ARIF

SOALAN BALAS OLEH PIHAK PENDAKWA: ENCIK ADA NYATAKAN SETUJU BAHAWA BUTIRAN DITULIS PADA MASA BERLAINAN. ADAKAH KAMU ADA PADA KETIKA CEK INI DITULIS?

JAWAPAN: TAK ADA

SOALAN: KAMU JUGA KATAKAN KEMUNGKINAN PRESIGNED. ADAKAH ENCIK TAHU BAHAWA CEK TERSEBUT ADALAH PRESIGNED?

JAWAPAN: ADA

SOALAN: MACAM MANA TAHU?

JAWAPAN: MEJAR MAZLINA ADA BERITAHU UNTUK PERCEPATKAN URUSAN SEMUA, DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TANDATANGAN DAHULU DAN AMAUN ITU DIA YANG TULISKAN.

SOALAN: MAKSUDNYA CEK-CEK TERSEBUT TELAH DIPRESIGNED UNTUK TUJUAN PEMBAYARAN CUKAI JALAN?  BOLEH JELASKAN APA MAKSUD PRESIGNED UNTUK KEMUDAHAN?

JAWAPAN: SEBAB PAYMENT UNTUK INSURANCE NAK CEPAT SEBAB ADA TARIKH LUPUT AWAL. SAYA TAK NAK CUKAI JALAN MATI SELEPAS TARIKH, JADI SAYA KEJAR MEJAR MAZLINA UNTUK KELUARKAN CEK INI. DIA KELUARKAN BUKU CEK ITU UNTUK BAYAR INSURANS. KALAU ADA UNTUK TUJUAN LAIN SAYA TAK TAHU.

SOALAN: TADI ADA DICADANGKAN, MEJAR MAZLINA TELAH ISUKAN CEK INI SECARA SALAH KEPADA KAMU, DAN KAMU JAWAB TAK TAHU. ADA TAK PADA BILA-BILA MASA, APA-APA CEK YANG DIISUKAN DITARIK BALIK ATAU MINTA DIPULANGKAN? J: TAK ADA S: ITU SAHAJA.

Perbicaraan dihadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah disambung esok.

Show More

Related Articles

Back to top button