Pendidikan

KPM masih beri kelonggaran pelajar guna baju biasa ke sekolah

Kementerian Pendidikan (KPM) masih memberikan kelonggaran untuk tidak memakai pakaian seragam dan pelajar dibenarkan memakai baju harian untuk ke sekolah.

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, tindakan kementerian memberikan kebenaran tersebut adalah untuk mendekatkan semula pelajar ke sekolah selepas lebih setahun tidak menjejakkan kaki ke pusat pendidikan.

Kenyataan Radzi tersebut dibuat selepas terdapat sekolah yang bertindak bertentangan dengan kebenaran yang diberikan.

“Berkenaan tindakan pihak sekolah yang tidak seiring dengan ketetapan KPM, seperti pakaian murid yang menimbulkan kegusaran ibu bapa, sekali lagi saya jelaskan bahawa KPM memberi kelonggaran kepada murid dalam aspek pemakaian, asalkan kemas dan sopan.

“Matlamat kita adalah untuk mendekatkan mereka kembali dengan sistem persekolahan bersemuka.

“Dalam masa yang sama kita ingin pastikan pengoperasian sekolah terus berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Radzi sebelum itu mengadakan sesi libat urus bersama warga pendidik di Melaka yang diteruskan dengan guru sekolah menengah sekitar Kota Melaka.

Pelbagai perkara melibatkan dasar serta perancangan KPM dalam memperkasa sektor pendidikan dikongsikan termasuk berkaitan urusan pengoperasian sekolah.

“Saya juga kongsi mengenai tumpuan KPM dalam tempoh terdekat seperti pertukaran dan pengambilan khas one-off 18,702 guru.

“InsyaAllah, kami sentiasa usahakan sebaik mungkin demi memastikan seluruh ekosistem pendidikan negara berada ditahap terbaik.

“Kepada guru-guru yang hadir, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan,” katanya.-SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button