NasionalPendidikan

KPM sentiasa beri keutamaan naik taraf fasiliti sekolah

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa proaktif dan memberi keutamaan dalam usaha menangani sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negara termasuk di negeri Sarawak.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bilangan sekolah yang mempunyai bangunan daif di Sarawak adalah berjumlah 351 buah. Daripada jumlah tersebut, 33 buah sekolah telah diluluskan projek naik taraf dan pembinaan bangunan gantian dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 1 (RP1) tahun 2021 hingga Rolling Plan 3 tahun 2023.

“KPM telah mengemukakan permohonan pembinaan bangunan gantian untuk 12 buah lagi sekolah di negeri Sarawak dalam Rolling Plan 4 Tahun 2024.

Selain daripada projek pembangunan di bawah RMKe-12, Kerajaan juga telah meluluskan 147 projek baik pulih bangunan daif di bawah peruntukan projek RM1 bilion di negeri Sarawak,” tambahnya menjawab persoalan daripada Susan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 381 projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak yang telah diluluskan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 223 projek telah siap.

KPM akan mengemukakan permohonan secara berfasa kepada pihak agensi pusat untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). -SM

BACA Penghadang kayu reput sekolah di Baram akan diganti segera

Baca juga : NCIA, Yayasan PERTRONAS dan UPSI Rai Pelajar Cemerlang SPM 2022

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button