Hiburan

Ucapan Achey buat arwah Abam bikin netizen sebak

PEMERGIAN pelawak, Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya pada 9 Februari tahun lalu memang mengejutkan ramai orang.

Paling terkesan dengan pemergian arwah ialah ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad.

Hari ini Achey memuat naik status ucapan khas buat bersempena dengan hari kelahiran arwah Abam.

Di dalam ucapannya itu, Achey memberitahu yang dia dan Fad sedang berhadapan dengan Covid-19 yang menyebabkan mereka kurang berjumpa.

Pandemik Covid-19 juga menurut Achey telah menyebabkan tawaran kerja semakin berkurangan dan terpaksa mencari peluang di bahagian lain.

“Kalau wabak covid19 ni tiada bam, aku rasa setiap hari peminat akan datang jenguk ‘rumah’ kau. Tapi aku rasa mereka saya kau, mesti mereka akan doakan kau.

“‘Rumah’ kau makin cantik.  Hari tu aku, Fad dan Sya dapatlah singgah sekejap. Sebelum pelaksanaan PKP. Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad, mesti kami akan borak pasal kau.

“Lepas itu gelak berdua memikirkan punchline yang kita buat tak jadi. Untuk orang mmg tak tahu, tapi kalau jumpa fad itu la seronok diborakkan,” katanya.

Coretan yang dibuat Achey itu membuatkan ramai netizen sebak bila mengenangkan hubungan mereka sebelum ini sebagai ahli kumpulan Bocey. -SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button