HiburanNasional

Campak Belakang : Ini Antara 12 Cerita Yang Pernah Menarik Perhatian Rakyat Malaysia!

Setiap tahun pasti ada cerita menarik yang membuat para pembaca tertanya-tanya dan tak kurang juga yang mengundang rasa sedih, hiba serta marah!

Malaysia juga tidak ketinggalan dan berdasarkan carian Suara Merdeka, ini merupakan antara berita tular dan kecoh di media sosial yang berlaku sejak awal tahun 2020.

Puteri Balqis Derita Sampai Jual Puisi

Puteri Balqis Azizi, 13, yang menderita sakit sejak dua tahun lalu, kini memilih menulis puisi dan menjualnya di jalanan bagi menampung kehidupannya seharian.

Lakonan beliau sejak dari umurnya masih kecil sering meninggalkan impak yang besar buat para peminatnya.

Namun begitu, setelah tular di media sosial tentang niatnya yang ingin membuka akaun Forex menggunakan wang sumbangan orang ramai, Puteri Balqis bertindak memadam akaun media sosialnya.

Hingga kini, tiada sebarang perkembangan terkini daripada Puteri Balqis mahupun ibunya tetapi banyak khabar angin mengatakan beliau semakin sihat.

Amaran Coronavirus, Malaysia Masih Steady!

Coronavirus mula menjadi topik hangat di negara luar setelah wabak tersebut terus merebak dengan cepat.

Namun begitu, Malaysia masih duduk berdiam diri tanpa menyiapkan diri dengan sebarang kemungkinan.

Peribahasa sediakan payung sebelum hujan seolah-olah tidak wujud buat rakyat Malaysia pada waktu itu yang sibuk dengan kemelut politik.

Wabak coronavirus mula merebak ke Malaysia pada bulan Mac dan perkara itu seharusnya menjadi pengajaran buat kita untuk lebih berwaspada sedari amaran pertama yang dikeluarkan.

Abam Bocey Meninggal Dunia, Ditangisi Ribuan Peminat

Jenaka Abam Bocey sering menjadi hiburan ramai orang yang menonton di kaca-kaca televisyen.

Pada 10 Februari 2020, peminat pelawak Maharajalawak tersebut dikejutkan dengan berita kematian beliau di kediamannya di Gombak.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah, dan seorang anak lelaki berusia 5 bulan pada ketika itu bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

TSMY Beri Kejutan, Jadi PM Ke-8

Setelah perletakan jawatan Perdana Menteri Ke-tujuh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020, rakyat tertanya-tanya akan siapakah pengganti bagi jawatan tersebut.

Beberapa hari kemudian, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-lapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Apa Sedapnya Kopi Dalgona?

Semakin lama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat bertambah-tambah kreatif dalam mengisi masa lapang.

Ada yang sibuk mendekorasi rumah dengan barangan yang dibeli online, sibuk bercucuk tanam di sekitar rumah dan juga yang sibuk menjadi cef di rumah sendiri!

Dalam banyak-banyak resipi yang dicipta ketika tempoh PKP, kopi dalgona menjadi antara carian yang paling banyak di internet.

Bukan sahaja popular dalam kalangan rakyat Malaysia malahan seluruh negara sibuk mencuba kopi dalgona ini yang diperbuat dengan hanya menggunakan serbuk kopi, susu, gula dan air panas.

Kahwin Online? Mujur Anak Tak Kena Download

Banyak pasangan yang sudah pun merancang untuk berkahwin pada tahun 2020 menangguhkan upacara kahwin mereka akibat Covid-19 yang semakin merebak.

Namun begitu, norma baharu telahpun mengeluarkan satu penyelesaian buat perkara tersebut iaitu dengan akad nikah online.

Satu pasangan tular di akaun Twitter setelah melangsungkan akad nikah mereka secara maya dan perkara ini mengundang banyak tanda tanya.

Tak kurang juga yang turut memuji pasangan tersebut yang mengambil langkah berjaga-jaga ketika situasi Covid-19 ini semakin berleluasa.

Jadi, tak muncul lah isu saudara terasa hati atau lain-lain sekiranya tak dijemput dengan akad nikah online ini bukan?

Kos Covid Diumumkan Cecah 1 Juta

Walaupun langkah berjaga-jaga dalam membanteras COvid-19 dari terus merebak, terdapat juga beberapa negara yang tidak menggunakan pendekatan yang sama.

Amerika Syarikat merupakan salah satu negara berpengaruh yang memandang enteng tentang isu ini dan telah meletakkan rakyatnya dalam risiko yang tinggi untuk dijangkiti.

Pada bulan April, Amerika Syarikat telah mencecah hingga 1 juta kes positif Covid-19 dan perkara ini sudahpun dijangka kerana sikap rakyat dan pemerintahnya yang mengambil mudah tentang isu ini.

Sikap Donald Trump sendiri sudah memberi gambaran jelas bagaimana situasi tersebut boleh terjadi kerana dia sendiri memberi kenyataan rasmi bahawa Covid-19 ini hanyalah satu khabar angin (hoax).

Surau & Masjid Ditutup, Geng Ponteng ‘Kunci Mulut’

Semenjak wabak Covid-19 semakin berleluasa, rakyat diterapkan dengan pelbagai norma baharu bagi membantu untuk mengurangkan jangkitan wabak tersebut.

Surau dan masjid mula diarahkan penutupan semenjak April dan sebarang aktiviti keagamaan di tempat-tempat yang disebutkan perlu diberhentikan.

Hal ini berekoran ingin mengurangkan kadar pengumpulan beramai-ramai di tempat yang sempit di mana secara tidak langsung mampu mengurangkan kadar jangkitan.

Sugu Pavithra

S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29, yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu menjadi satu fenomena yang besar dalam rakyat Malaysia.

Mereka sering memuatnaik video memasak bersama-sama di YouTube sebagai hobi dan secara tidak langsung menambat hati rakyat Malaysia dengan video-videonya yang bersahaja itu.

Sampai 2 Juta Orang Dengar Lagu BCL

Setelah kematian Almarhum Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (BCL) mengambil sedikit masa buat dirinya yang masih lagi trauma dengan kematiannya allahyarham yang mengejut itu.

Beberapa bulan seterusnya, BCL muncul dengan lagunya yang dicipta khas buat almarhum suaminya itu bertajuk 12 Tahun Terindah.

Lagu tersebut menceritakan tentang 12 tahun yang telah dia jalani bersama almarhum suaminya dan telah mencapai tontonan dua juta orang pada hari pertama dimuatnaik di YouTube.

Mira Filzah Sah Milik Wan Emir Astar, Peminat Menangis Hujung Bucu Katil

Siapa yang tidak kenal dengan individu bernama Mira Filzah yang sering menjadi wajah menghiasi majalah-majalah dan juga drama di kaca televisyen.

Pada bulan September, beliau sah menjadi isteri kepada Wan Emir Astar dalam satu majlis akad nikah yang ringkas tapi gah di sebuah hotel iaitu Hotel Le Meridien, Putrajaya.

Ramai peminat meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut di media sosial kedua-dua mempelai.

Kes Dai Syed merogol gadis bawah umur

Isu dai sering saja terpalit dengan berita-berita panas yang kurang enak untuk didengar.

Dari isu menceraikan isteri yang sedang mengandung hinggakan ke isu tuduhan merogol pula sekarang.

Dai Syed dengan nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 20, tular di Twitter setelah seorang gadis memuat naik satu cerita tentang rakannya yang telah dirogol oleh Dai Syed.

Sejauh mana kebenaran tentang isu tersebut masih lagi belum diketahui kerana kes ini masih lagi dalam perbincangan.

(Visited 2,350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button